Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me

intai peluang perniagaan



By  zeanaaima     3:43 AM     
aku sebenarnya sedang mengintai peluang.
untuk memulakan perniagaan sendiri.

yelah sampai bile kita nak makan gaji ?

kos hidup makin meningkat. taraf hidup semakin berkembang.

daripada bujang aku pun seperti manusia biasa akan menempuh alam perkahwinan kelak.

dan semestinya keluarga aku akan berkembang daripada dua kepada tiga. daripada tiga ke empat. dan seterusnya.

sasaran aku...aku beranak ramai. fuh ! dasat tuh impian.


soalan pertama. -- aku mahu berniaga apa ya ?
soalan kedua -- banyak mana modal nak pakai ye ?
soalan ketiga -- mana modal aku nak ambil ?

paling merungsingkan. aku bukan berkerja di sektor swasta. dan aku masih belajar jarak jauh dengan UPM. yuran tanggung sendiri. baru semester dua. ade lagi 6 semester. semua nak pakai duit. itu alkisahnye la..

aku akan senaraikan beberapa peluang perniagaan yang menarik minat aku..

1- kedai steamboat [ala buffet]

di sunway..siapa- siapa yang pernah makan di Flaming..pasti tahu macamana konsep yang saya cuba bawakan. itupun kalaulah saya pilih untuk bukak perniagaan ni..restoren tu menghidangkan steamboat ala- ala buffet..bayar RM20++ satu kepala...MAKANLAH sampai muntah...restoren tu turut menyediakan hidangan lain selain seafood..ada yong tau fu, nasi goreng, mee goreng, ABC, ais krim, biskut, coklat..pendek kata memang heaven..syarat nak pergi kedai tu, datang dengan perut yang lapar SGT! Petua dia, makan seafood je. makanan lain makan kat kedai biase pun boleh..melantaklah seafood yang maha mahal itu..kawan- kawan faham ? aim aku...satu hari aku nak bawa ma abah adik eka ayu kakg abang long mujahid datang makan kat sini.

2- butik andaman pengantin

aku suka berimaginasi. aku suka merekacipta sesuatu dalam otak aku. sebab aku tidak ada wang yang lebih untuk aku berkarya. bila aku tengok sesuatu rekaan, aku akan lakarkan dalam minda aku, apa yang aku akan buat jika aku ada peluang itu satu hari nanti. dan untuk majlis kahwin aku nanti, aku selalu mengimpikan banyak benda dalam kepala otak aku. namun banyak kekangan kewangan. sedeh! tidak mengapa. aku masih ada adik- adik untuk aku curahkan idea imaginasi aku itu. adik aku pernah berkata 'kalau kau bukak butik andaman, aku rasa menjadi'. amin. manelah tahu. zeanaaima bergelar mak andam nanti. hehe..

3- nursery

adik beradik aku tahu. aku tidak suka budak- budak. tapi..itu dulu. tapi bukanlah bermaksud sekarang aku nie sangat suke budak- budak. maksudnya aku tidak seteruk dulu. prestasi aku sangat buruk jika melibatkan budak- budak. tapi kini, bila aku menghala kearah gerbang perkahwinan, aku rasa jiwa aku nie masih boleh diselamatkan untuk disesuaikan dengan budak- budak. [terukkan ?]

alkisahnya, bila aku berbincang dengan seorang sahabat, berkenaan dengan masa depan anak- anak aku yang mempunyai ibu yang jadual kerjanya setiap hari akan habis tepat jam 10.15 malam. bilang sama aku sekarang, adakah ada nursery yang buka sampai malam bute ? semata- mata nak jaga anak aku ? huiii

aku mula terfikir. kenapa aku tidak bukak nursery. mungkin lain dari yang lain, nursery aku dibuka sampai lewat malam. sengaja. aku bagi peluang pada ibubapa yang ada kerja malam. cas lebih la sikit. kan ? ia juga bagi peluang pada ibubapa untuk pergi tengok wayang atau keluar berdating kan ? [motif ?]

yang agak cerewet nak bukak nursery nie...kena kursus dulu..modal pun besar ye ? tu lah bukan senang nak jaga anak orang. dibuatnya tersedak, meninggal dalam jagaan kita, tak naya ? nauzubillahhiminzalik..

4- carwash

aku tak terfikir pun perniagaan nie sebenarnya. tapi bila sorang sahabat PJJ aku mengusulkan cadangan tu, aku terfikir, betul jugak ye ? xpakai modal banyak pun. hanya perlu ada air dan sabun. tapi yang paling penting...tempat yang strategik..

budaya masyarakat sekarang. dorang malas nak cuci kereta. tak payah pergi jauh. aku sendiri pun malas yakmat nak basuh kereta. kereta aku pula warna putih bersih. kadang- kadang 3 bulan aku tak basuh. xsempat. skrg agak terkawal sikit. sebab aku upah sorang mamat india basuh keta aku tiap - tiap hari dengan harga RM35 sebulan. murah too. tapi belah luar je la. so carwash pun aku akan usha- usha jugak.

sebenarnya...jauh disudut ati aku aku nak buka ladang kambing Boer. tapi modal xde. sebab tu aku kena ikhtiarkan perniagaan jangkamasa pendek untuk aku kumpul modal. ladang tu nanti aku nak bela itik telur..sambil- sambil jaga kambing aku boleh kutip telur itik..dan ada bahagian aku nak tanam sayur..bilalah aku dapat capai impian aku tu..insyaAllah...

aku akan cari seberapa banyak maklumat tentang perniagaan- perniagaan yang aku sebut kat atas tu..insyaAllah aku kongsi bersama- sama diruangan ini.

noktah.

About zeanaaima

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Maecenas euismod diam at commodo sagittis. Nam id molestie velit. Nunc id nisl tristique, dapibus tellus quis, dictum metus. Pellentesque id imperdiet est.

2 comments:

Lina said...

alhamdulillah...bertemu kita semula di alam blogger ni...kak lina still ingat emma k...ms emma invite utk blog private emma dulu tu mmg kak lina termiss...pas tu kak lina sentiasa harap emma akan invite kak lina nanti & hinggalah kak lina baca msg kat chatbox kak lina rasa happy sgt...bolehlar kita sambung smula persahabatan kita ni yer :)

emma said...

waaa....terharunye! sumpah! terharu...mahu nanges pun ade...ade jugak org ingat emma..

lame xmenulis rasenye...kikiki...akk sihat ? dulu mase emma tinggal blog nie, akk baru stat mengandung... skrg..dah besar dah ank akk...tahniah kak :)


Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers