Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me







Ambil pen dan kertas.Tenang otak fikiran.
Ingat satu persatu.Apa punca amarah ?
Batin.lewat.'bersayang'
Titik.
Sudah dikhabarkan.Selesaikanlah.
Tapi enggan.Berulang dan berulang.
Kesan ?
[senyum dalam sendu]










ego !
sebesar mana sebuah ego untuk digalas berpuluh tahun akan datang ?

ego !
sejauh mana sebuah ego larat dikendong hingga nafas yang terakhir ?

ego !
daulat sangatkah sebuah ego untuk diagungkan sehingga punah segala.


yang dibina itu bukan senang
yang dibina itu bukan untuk seketika
yang dibina itu bukan untuk duka nestapa


yang dibina itu syurga aku :'(
aku sayang syurga aku.

***************
 
luka lagi
lagi dan lagi

sampai bila
tanggung derita

sampai bila
tahan segala

***************
 

 
***************

jika ku pendam
bisa jadi gurindam
akan aku dendang
agar kau terdiam
arti duka lara
bersenandung sukma
perih melara

agar kau arti
seribu selumbar didada
agar kau tahu
perihal sengsara

***************
 


**************

air ku tadah
titik demi titik
sampai penuh
sekali terbalik
ia tidak lagi penuh

***************
  


**************

aku bagi bunga
berilah aku bunga
aku bagi cempaka
berilah aku cempaka
aku beri mutiara
berilah aku mutiara

jangan bagi aku tuba!

***************
 


***************

kau laksana bulan
tinggi diatas kayangan

aku terus mendongak
mendongak dan mendongak

***************
  


***************




aku tunggu
sabar berjela jela
namun sia sia

jadilah aku 
sang penunggu
nafkah azali

terima kasih
buat aku tersiksa
jiwa dan raga




bukan niat berdendam.
bukan niat mengata.
bukan niat mempersenda.

cuma satu.

memberitahu.
ya...
memberitahu.

aku tak mampu berkata.
lidah kelu 1000 bahasa.

aku tak mampu berkata.
andai tiada yang mahu menerima.

tapi...

aku perlu bersuara.
agar kuat bertenaga.
menghadapi saat membara.

agar bisa bersahaja.
walau amukan jiwa melanda.
hebat dalam dada.

sebab...

tidak mungkin aku berlapang dada.
menadah segala.
selama lamanya.

kecuali...

ada yang menanya.
dimana sakit sengsara.
menyembuh luka yang lara.

ampunku pinta.
andai tersopek bicara.
terluka dijiwa.

niatku semata.
menyampai sengsara.
agar sembuh semena.

bukan niat berdendam.
bukan niat mengata.
bukan niat mempersenda.




p/s: bercakaplah. penawar segala masalah.

apa agaknye perasaan isteri- isteri diluar sana yang TERbaca mesej suami mereka...bersayang- sayang dengan perempuan lain ?

mukadimmah ayat ini memang membunuh. dan mukadimmah seperti ini mampu membuatkan darah sang suami mengalir laju. [itu pun pada mereka yang buat salah *peace*]

pemikiran lelaki dan perempuan sememangnya berbeza. masing- masing punya ego yang mana mahu mempertahankan segala tindak tanduk mereka.

sehingga kadang- kadang masing- masing lupa akan dimana keutamaan mereka.

keutamaan dalam merukunkan kebahagiaan rumahtangga.



cheewah...menulis macam dah lama kawen...padahal baru 8 bulan ! :p



baru 8 bulan ! kalau ditanya pada tempoh ini...

"apa perasaan kamu kalau suami kamu bersayang- sayang dengan orang lain ?"

jawapannya :

"kecewa" [satu perkataan cukup]




itu baru 8 bulan ye kawan- kawan. cuba fikir bagaimana perasaan isteri yang sudah 18 tahun kawen...diajukan soalan sedemikian ?

mungkin jawapan itu banyak...

A : [isi tempat kosong]

B : [isi tempat kosong]

C : [isi tempat kosong]

D : [isi tempat kosong]


:)



perkataan 'sayang' untuk isteri...hanyalah untuk suami yang dinikahinya.

tapi...jangan kita terlalu bergantung harap...perkataan 'sayang' sang suami HANYA untuk kita...

sebab...

itulah realitinya...


:)) [senyum lebar- lebar]


pokok pangkalnya 'kepercayaan'

pernah seseorang memberitahu "dalam alam perkahwinan, bukan cinta semata- mata. yang lebih utama adalah MENGHARGAI pasangan kita."

sehingga rasa cinta kian pudar...yang masih bersisa adalah perasaan menghargai.


oleh itu...hargailah pasangan anda...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


p/s: apa agaknya perasaan suami bila melihat isterinya bersayang- sayang dengan lelaki lain ?



Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers