Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me

perkenalkan...

cinta baru aku...

che' puteh...

aku rasa macam mimpi...

boleh berkawan ngan che' puteh...

boleh bercinta dengan che' puteh...


aku akan jaga che' puteh...

macam jaga hati seorang kekasih...

kerana...saat ini...che' puteh saja...

yang membuatkan aku rasa...

kembali bernafas...

bernafas dalam senyuman...

senyuman dalam erti kata...

kebahagiaan...


teringat salesman tu kata...

"aku tengok ko kecik pulak nak bawak keta..."

heehehehehehe...


duduk tepi mamat nie terasa so fendek...

duduk tepi kereta terasa so kurus...hahahaha

duduk sekali ngan minah jaja tu...

terasa satu angkatan lak...

dari paras ketinggian...

hahahaha...



beberapa hari saja lagi aku akan mendapat teman baru...

noktah.

kawan2...

aku teringin mem'private'kan blog ini...

adakah aku teruskan langkah ini ?

mmm...
bukak mata. alamak !!! pukul 10.30 !!!

sungguh- sungguh aku melompat dari katil. haaaaa...aku dah lewat !!! zap zup zap zup...dah siap untuk ke pejabat.

aduh.

selalunya aku jalan kaki saja nak ke opis. tapi hari ini tidak. aku terpaksa call teksi.

teksi ???

ya. dulu aku berkerja di tvantara.com...dan sementara waktu ini aku berkerja di tvselagor.com. jadi opis dah jauh. xmacam dulu.hu3...

dan aku memang mempunyai masalah untuk bangun tidur!!! papa pun tahu itu...ape nak jadi la dengan aku nie...anak dara ape la aku nie...sebab tu xde yang berkenan dengan aku nie...buruk perangai...

dan hari ini merupakan hari pertama aku berkerja di tvselangor.com.

perasaan sungguh berbeza. aku rasa sungguh kekok dan aku rasa sungguh tidak selesa. sejujurnya aku tidak suka susun atur dalm opis nie. nampak crowded. xtersusun.

karpet pulak warna biru. so malap. langsung xbagi motivasi pada aku. menjadikan bila masuk tu aku rasa macam mengantuk dan xmesra alam la...

pendapat aku saja.

kat tvantara karpet warna merun. sungguh naik seri. bila masuk opis. wahhh...merah... bersemangat jek...

sekarang aku tengah deal dengan cik malik. tengah memujuk sebenarnya.

"cik malik...saya nak opis baru karpet warna merah, macam opis tvantara."

"saya nak warna hijau."

"ape ? alaaaa...warna merah la..."

"kan tvantara dah warna merah...saya nak letak hijau pulak..."

"alaaaa...merah la...warna merah nie bagi semangat nak kerjataw cik malik..."

"tengok la dulu mcm mane..."

hope cik malik amek warna merah. hu3...peranan warna nie penting ekceli...kan ?

hari ini banyak meeting. dan hari ini aku dipanggil untuk buat bereskan satu task. buat promo untuk tvselangor.

aku rasa macam kena buat esemen masa study dulu. masa aku kat kolej dulu, benda2 nie r yang kami belajar. kami diajar cara2 mcp. wat drma. iklan. psa. editing. scrpting. buat news. read news.

tengok. sume yang aku belajar aku boleh implement lam keje aku. sesungguhnya miim adalah yang terbaik. mengajar kami untuk servive kat dunia pekerjaan yang sebenar.

dan aku tak sangka aku akan berpeluang untuk menggunakan apa yang aku belajar dalam pekerjaan aku. aku ingat aku tiada kelayakan untuk hidup dalam dunia beroadcasting yang sebenar.

okey. task yang pertama ini akan aku buat sehabis baik. akan aku cuba kurangkan kesalahan dan kecacatan dalam program terbitan aku ini.

ya Allah, mudahkan kerjaan aku ni...amin...

tapi hari ini tetap ade perkara bodoh yang menyakitkan hati. membuat hati aku berteriak kuat...

"bila aku akan berammmmmmbus dari opis nie...aku tak nak duduk sini..."

aku nak cepat2 ke pejabat aku yang sebenar. aku benci duduk disini. aku mahu melupakan.

nway...aku gembira dengan task baru ini...tapi aku tetap rindu untuk baca berita...aku jumpa papa...

"cik jas...boleh tak saya nak baca berita...sekali sekala jek ? sekali seminggu pun jadilah...jadi pembaca berita jemputan..."

"kenapa ? u xboleh tinggalkan dunia glamour u ?" hahahaha....ade ke ? mane ade glame bace berite tv internet ????

"bole2...u bole baca..."

hik3...yey !!! sayang papa...
aku : "saya dah sampai"

bos : "okey"

aku turunkan barang- barang aku dari bas. 3 buah beg baju dan 1 baldi. itulah kali pertama aku jejakkan kaki aku di bumi shah alam sebagai seorang orang yang bekerja.

bard, jurukamera datang ambil aku. dan kemudian aku diperkenalkan kepada encik fauzi penerbit aku di syarikat baru itu.

dia belanja aku makan. kami bergerak. ke opis kata cik fauzi.

sampai dikawasan opis aku seram sejuk sebab keadaan di situ so sunyi dan xbest. aku naik bangunan rumah kedai 3 tingkat.

dan.

itulah kali pertama aku jejakkan kaki aku kat tvantara.com.

keadaan kosong. yang ada hanya meja dan kerusi saja. karpet warna merah, dinding warna kuning air.

"Ya Allah, betul ke langkah aku ini ? berkerja disini ?" saat ini hati sungguh musykil. tapi aki gagahkan diri bila terkenangkan haji. haji yunus orang yang menjadikan hati aku seketul untuk terima bekerja disini.

aku dibawa ke hostel dimana aku tinggal sekarang. oleh sebab aku baru datang dari kampung, Encik Malik, pengurus tvantara.com telah membelikan aku sebijik bantal. sungguh aku terharu. da r datang jemput aku kat stesen bas. bantal dibelikan. hostel dicarikan.

esoknya, aku masuk pejabat. maka bermulalah kehidupan aku sebagai seorang wartawan penyiaran.

aku antara orang pertama yang masuk ke pejabat ini. tvantara bermula dengan kosong. kami tatkala itu hanya seramai 6 orang bertungkus lumus. bangunkan tvantara.

kami bermula dari

si polan : "kamu dari mana?"

aku : "saya wartawan dri tvantara.com"

si polan : "apa tu ?"

aku : "tv internet...web tv..."

jenuh aku menerang. semua orang dengan muka paling jijik bertanya...

apa tu ?
tv berapa ?
tayang cite ape ?
siapa owner ?
ade orang tengok ke ?
korang nie pembangkang ke ?

kami terus berkerja. berkerja dan berkerja.

sehinggalah kini...

aku sedang duduk dikoridor mahkamah tinggi kuala lumpur. cover datuk seri anwar punye kes. ade sorang pak cik ternampak aku pegang microfone tvantara.

"eh tvantara....cerita- cerita tvantara bagus nie...sume sedap2"

korang bole bayang selebar mana kembangnya punggung aku masa tu ?

si A :"dari mana ?"

aku : "tvantara"

si A: oooo...tvantara

aku : "cik tengok ke tvantara ?"

si A : eh tengok...kawan- kawan saya sume tengok tvantara

aku : ye ke ? nanti encik bagituahu la kawan2 tengok tvantara

si A : eh, saya memang promote tvantara nie...asik nak tengok tv je...

paling aku terkesan...

aku pada asalnya pembaca berita untuk tvantara nie. tapi disebabkan kekuranga wartawan, jadi aku terpaksa keluar membuat esemen. jadi kami tidak punya masa untuk meletakkan seorang pembaca berita pada setiap video atau story yang kami paparkan.

tapi begitulah. pada awalnya memang aku bergelar pembaca berita. aku rasa so so so so biasa sangat. xglamer pun. ye la tv internet jek. sape nak nengok ? kan ? dan aku xaspect ade orang kenal aku pun. tapi satu petang.

aku dan kakak serta abang ipar aku g pantai air tawar di kampung kami. tibe- tibe kawan kakak aku nak datang bersama- sama dengan suaminya.

suaminya begitu excited bial berjumpa dengan aku.

"tak sangka saya dapat jumpa awak secara live, sebelum nie tgk dalam internet je."

"hahahahaha"

"betul...saya peminat tvantara. dari hari- hari first saya dah tengok tvantara. cerita memang bagus...saya suka..."

"iye ke ?"

"aah" mate mamat nie lak nak bersinar2...sungguh2 aku tergelak2...

sesungguhnya aku banyak kenangan kat sini. disini aku telah jumpa banyak orang- orang politik yang dulu aku hanya kenal namanye saja. dan daripada aku tidak mengenali sesiapa, aku mula mengenali tokoh politik negara.

banyak nama yang telah aku jumpa dan telah aku temuramah...anwar ibrahim, wan azizah, nurul izzah, mahfuz omar, sallehuddin ayub, saifuddin nasution, lim guan eng, khalid ibrahim, teressa kok, nizar jamaluddin, v.sivakumar, a. samad said, syed hussin ali, dan banyak lagi.

dan ini semua akan jadi kenangan aku. :)

disini juga aku mengenal erti cinta. wah wah wah. tapi kisah aku sedih. hahaha...putus ditengah jalan.

dan seperti apa yang korang telah baca di entry2 aku yang terdahulu yang mana sungguh jelek sekali. dengan emosi yang sangat tidak stabil. aku tahu, memang ade yang menyampah membacanya.

aku suka menulis. dengan cara ini aku rasa lebih releks. tapi maybe korang rasa ini bukan medium yang sesuai. well...aku lebih puas begini.

semalam aku menangis. teruk2. sampai mata aku bengkak2 pagi ini. aku sungguh terharu dan rasa sedih sebab aku terpaksa meninggalkan pejabat kesayangan aku nie. ditambah dengan rasa sedih aku bila aku melihat gambar pertunangan dia. hurm...

bilakah dia akan kata "saya lepaskan awak dari hidup saya..."

lalalalaalala~

moga dengan perpindahan ke tempat baru aku mampu lupekan dia. aku mampu memulakan hidup baru.

ramai yang marah2 pada aku. kenapa aku masih sayangkan dia. apa aku nak buat? sayang !!!! tapi korang jangan risau. kemana sangatlah cinta bertepuk sebelah tangan aku nie. lambat laun ianya akan pudar dan ia akan lesap. mungkin.

dan aku sesekali tidak akan berusaha atau mendoakan ikatan perjanjian kearah perkahwinan itu putus ditengah jalan. dah itu keputusannya. dan itu pilihannya. teruskan.

cuma.

izinkan aku menjaga perasaan ini dari jauh. tanpa sikit pun menggugat ikatan yang telah terbina itu.

well...

semalam aku terfikir secara serius untuk menutup blog ini, menutup akaun facebook, akaun yang ada...dan juz tinggal emel saja...

tapi...

aku perlu menimbang lebih dalam lagi perkara ini. sebab sekarang emosi aku bercampur aduk.

kejap saja lagi, aku akan angkat kaki aku. meninggalkan pejabat yang terlampau banyak kenangan ini. terlampau banyak. dan korang tak kan terjangkau bertapa semua kenangan disini sungguh manis. sungguh manis.

tvantara.com...

kau tetap cinta pertama aku...akan aku kenang tvantara...sampai bila2...akan aku semat tvantara sebagai kenangan manis aku...paling manis...

selamat tinggal tvantara...T_T

selamat tinggal awak... T_T T_T T_T


Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers