Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me
raya kedua. malam. kawan- kawan aku buat reunion. kami plan nak adekan bbQ dirumah sorang kawan.

alkisahnya. aku dah janji ngan kawan- kawan yang lain. nak pegi sama- sama. tiba saat dan ketikanya, tiba- tiba rumah aku diserbu oleh 15 0rang sanak sedara abah. masa tu dah pukul 7.30 malam. depa datang nak makan malam kat uma aku. sape nak masak ?

aku la !!!

pukul 8 malam kawan aku nak datang amek aku. kami janji nak g sama- sama. ape lagi, macam lipas kudung aku masak. kejar masa nak g reunion. zap zup zap. kawan aku sampai. masa tu aku dah siap masak. kusmangat.

sapa kat uma kawan aku. mula- mula aku agak segan. sebab yang ada masa tu...semuanya laki- laki. tapi aku gagahkan diri aku jugak. tegur depa. alhamdullillah depa masih kenal aku. walaupun ade yang da dekat 11 tahun xjumpa.

wah !!! lama tu...

nie aku nk kasi tw rahsia. dulu aku kat sekolah, aku diam- diam jek. macam ala- ala perempuan kampung terakhir. kah3. tapi masa reunion nie, aku tegur sume orang. aku gelak sama2 depa. nampaknya ade improvment pada diri aku. dan aku xtahu samaada perubahan itu ke arah yang baik atau kearah yang tidak baik. hurmmm.

malam tu kami bakar ayam, ikan, sotong ngan hotdog. kaum adam bertungkus lumus membakar segala macam makanan- makanan itu. dan dicelah- celah lelaki itu, terselitlah aku yang turut sama mem'bizi'kan diri. bakar ayam jugak kononnya.

semua kaum hawa duduk kat atas rumah. aku segan nak naik.

sapa masa makan2. aku sungguh terasa enakknya jumpa kawan- kawan lama. semuanya sudah berkerjaya. ada yang still belajar. sambung degree, master n dpli. yang aku banggakan sangat, kawan- kawan aku nie semuanya berjaya jadi 'orang'.

lebih kurang dalam 30 orang jugak yang datang. ade yang makin gemuk. ade yang mantain. ade yang makin kurus. ade yang makin hensem. ade yang makin cantik. ade yang maintain.

korang tahu ? ayam yang aku bakar tu xmasak pun lagi...abah aku dah kol suh balik...

potong betul la. pastu aku eksplen la. ayam xmasak ag. xsempat masak agpn. air pun xseteguk pun aku minom. ok abah understand. susanye jadi anak popuan. hu3.

lebih kurang dalam pukul 12, kami pelan2 nk bersurai. masing- masing amek gamba. bukan senang nak kumpul ramai- ramai macam nie. aku suke sgt gamba ramai- ramai tu. rase mcm nak buat frame teruk kat ruang tamu. hahahaha.

kat bawah ade sikit gamba. wat cuci mate.

ramaikan ? aku xsangka ramai mcam nie yang datang...


separuh dari kami yang hadir...


nampak x aku sedang bizi tu ?


aku tahu...aku paling rendah...


minom...jgn xminom...

moga kami akan berjaya dan terus berjaya. amin.
kejap lagi...dalam beberapa jam aku akan balik kampung...

aku dapat cuti raya 9 hari...

agak lama...

dan sepatutnya aku bergembira sebab cuti lama....

memang aku bergembira...

tapi...

hakikatnya aku berduka...

why ???

lalalalala ~

so, seperti lazaimnya kalau aku balik kampung, aku akan terputus hubungan internet...

aku risau...sape nak jaga kebun aku kat facebook tu...ki3...itu lak yang aku risaukan...

t aku kena wasiatkan kat sape2 suh tengok tanaman aku tu...

sorang bos aku bagi sebalang kuih raya...dia suh bagi wat balik kampung...rasa nak peluk2 jek dia masa tu...thanks banyak2...

tadi opis aku buat majlis bukak pose. ramai2. so meriah. makan satey. tapi aku cepat kenyang lak. hadoi.

amek gamba banyak2. sukew2.

peningnye aku...banyak barang nak wat balik nie...

xcukup kaki tgn aku nanti...

nape la aku xde keta lagi...lambat pulak la rase...

sebenarnya aku rasa bersalah sangat pada kawan2...

aku balik 2 hari awl...aku xberniat sebenarnya...harap kamu semua faham...situasi aku yang tidak ade tiket bas nak balik raye...

bukan aku sengaja or aku ngade2. mmg itu hakikatnya. kalau x, aku xbalik beraya la tahun nie.

memang, banyak jek org yg xle balik raye...tapi...

aku perlu balik...

atas sebab2 tertentu...

hurm...nantilah aku uploadkan sikit gamba bukak pose kat opis nie...tapi lepas raye la...kah3...

aku da xlarat...da ngantuk sangat da...nak titow....

aku bru jek siap emelkan 2 special report kat asst editor...lega aku...kusmangat...

aku nak balik...doakan aku selamat sampai...

teringat satu mesej

"kalau nak mati pun...bia saya mati dulu..."

hu3...

selamat tinggal...semuanya...hu3...
jumaat lalu.

aku ditugaskan menemuramaha menteri besar selangor, tan sri khalid ibrahim.

di pejabatnya di bangunan setiusaha kerajaan negeri.

mujur aku xneves. lagi pun isu yang akan aku tanya aku follow. so, aku xlost dalam sesi temuramah ni.

bagi aku, tan sri sungguh gentelman. setiap kali dia jawab soalan, tak pernah dia mengata pihak lawan. kalau dia bidas pun dia akan buat secara sindiran. sindir nipis gitu.

dan bagi aku, untuk isu yang hanggat diperkatakan ini, pemindahan kuil dr seksyen 19 ke seksyen 23, lebih elok mereka2 yang terlibat duduk diam- diam. dengar setiap butir penjelasan dari tan sri.

biar tahu duduk perkara barulah buat rumusan adakah idea itu bagus atau tidak. ini tidak, enggan selidik apa rasional disebalik keputusan itu dibuat.

secara peribadinya, aku tidak bersetuju dengan demonstrasi yang dibuat segelintir manusia berakal yang mengusung dan memijak kepala lembu sebagai protes kepada cadangan mengalihkan kuil brusia lebh 100 tahun itu.

bukan sebab aku menyokong tan sri. tapi aku bercakap dari konteks aku adalah seorang manusia yang menganut agama islam.

jika kita mampu bertindak mempersendakan agama orang lain. memijak dan meludah kepala lembu yang merupaan simbol suci masyarakat india...tidakkah kita terfikir jauh disudut hati kita ?

mereka juga mampu membuat perkara yang sama pada agama yang kita anuti ?

bagaimana jika mereka memijak kalam suci alquran ? memijak- mijaknya dan meludahnya ?

jika kita boleh buat tindakan melampau sedemikian, tidak mustahil juga bagi mereka untuk membuat perkara yang sama.

tidak perlu untuk berlagak macam insan yang tidak punya akal. bertindak secara diam. teliti segala baik buruk. bermuzakarah lebih mendatangkan hasil.

daripada membuka jalan kepada individu lain menghina agama suci anutan kita masyarakat islam.

huh !!!

panjang lebar pulak aku bersyarah. ok. untuk mengelakkan korang rasa busan. aku sediakan beberapa keping gambar. jom cuci mata.



esok aku akan ke rumah datuk seri anwar ibrahim. wahhh. aku ditugaskan interview datuk seri wan azizah wan ismail.

harap2 semuanya berjalan lancar. amin. nanti aku nak amek gamba manyak2. aku nk upload kat sini.

bukan sume orang berpeluang masuk rumah datu seri kan ?

waaaaa..tiba2 rasa diri ini sungguh bertuah. hik3.


Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers