Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me


pejam celik pejam celik. dah tujuh bulan usia kandunganku. bermaksud, dah 8 bulan aku mengusung gelaran puan.

baru 8 bulan, tapi banyak yang aku pelajari. lalui dan rasai.

alhamdullillah, sepanjang aku mengandung, aku tidak mengalami alahan seperti mana kaum- kaum ibu yang lain.


aku juga tidak mengidam benda yang pelik- pelik. aku ini boleh dikategorikan sebagai murah rezeki :)

sebab. andai kata aku teringin mahu makan mangga. aku diam je. tapi balik- balik rumah tengok mak mentua aku bawak balik mangga.

pernah sekali tu aku teringatkan buah asam jawa. pun aku diamkan. hendak dijadikan cerita, rumah nenek suami aku berlambak- lambak buah tu.

maka terloncat- loncatlah diri ini. :) tak usah nak menangis- nangis sebab apa yang diidamkan susah nak cari.

teringin nak makan jagung rebus ? pasar malam depan rumah. pendek kata no hal lah :)

aku pun sebolehnya tidak mahu susahkan suamiku. cukuplah dia terpaksa melayan karenah aku yang maha tak senonoh nie.

waktu mula- mula tahu aku mengandung, aku sebenarnya dah setkan dalam minda yang aku tidak mahu alah pada alahan.

aku dari awal mahu jadi wanita mengandung yang kuat. tapi ternyata, fizikal dan mental sahaja aku kuat. emosi aku hancur ! kerja aku menangis je.

* suamiku balik lewat - aku nanges
* suamiku tak reply mesej - aku nanges
* suamiku tidur tak peluk aku - aku touching
* suamiku keluar rumah tak pandang aku - aku terasa hati



pendek kata, apa- apa yang melibatkan tingkah laku suamiku yang tidak kena dimataku...aku akan menanges.

pendek kata, tujuh dari sepuluh kali aku driver sorang- sorang balik rumah [abeh keje] aku akan menanges.

ada saja yang aku sedihkan. LOL

kadang- kadang tu, aku sedih tanpa sebab. seharian pulak tu ! yang paling menyampah, suamiku telefin dan bagitahu dia dalam perjalanan pulang ke rumah...pun aku nanges !

gedikkan ?

jadi kamu boleh bayangkan, jika suami aku dengan sengajanya membuat silap yang mana aku tak suka...muncung itik dibibir ini mampu menjangkau sehingga satu meter setengah !

sebab itu aku kata. aku kesian sama suami aku. aku ini isteri yang tidak sempurna T_T

sebetulnya aku dalam mood yang sangat dasyat sekarang. dan aku tak mampu nak luah dengan kata- kata. emosi ini dalam sekali. aku berkata pada seorang kawan...

"dalam alam rumahtangga, kita tidak memerlukan dua atau tiga untuk berasa teru. cukup dengan satu. dan satu itu bukan boleh dibuat main- main"

ulang.

"bukan boleh dibuat main- main"

baiklah. bab makan ubat. aku sangat rajin makan ubat [sila terbalikkan kenyataan itu] aku juga rajin minum susu [juga...terbalikkan kenyataan ini]

suamiku selalu merunggut- runggut sebab aku 'rajin' minum susu. dan itu tidak bagus untuk kesihatan dan pertumbuhan bayi.

sekali dia besarkan mata. sekali aku minum susu
dua kali dia besarkan mata. sekali aku minum susu. hehe

aku tidak suka susu. tolong ~


aku disahkan mempunyai kencing manis. yup ! aku tahu sengsara ibu mengandung yang menghidapi kencing manis.

aku terpaksa ambil darah 2 minggu sekali sehingga tiba masa bersalin. dan aku terpaksa berpuasa. dan ambil darah empat kali dalam sehari. bermula jam 8 pagi, 10 pagi, 2 petang dan 8 malam.

jadi, satu hari tu, aku terkejar- kejar ke klinik kesihatan untuk ambil bacaan darah.

itu satu daripada pengorbanan seorang ibu.

well, saat aku ketuk entry nie...bayi ini pun sibuk mengetuk dinding perut ini. :)

aku ngan ssuamiku baru sahaja siap membeli sedikit barangan keperluan bayi...sungguh teruja ok !






semua benda yang aku lihat, aku mahu beli. dan gaji aku kali ini aku abehkan untuk beli barangan bayi.

tidak ada sehelai pun baju mengandung ! walhal semua bajuku sudah mengecil. aku kehabisan baju untuk dipakai.

kerja aku tiap- tiap hari...tengok baju- baju yang ada dalam almari dengan mata putih.

sebenarnya aku ada impian. bila aku mengandung, aku mahu jadi ibu mengandung yang vouge! tapi aku tak pandai berfesyen dan aku kekurangan 'tool' untuk berfesyen. hehe

aku dapat rasakan, aku ini serabai. sekali lagi...kesian suamiku.. T_T


aku juga sering tertanya- tanya, kalau ibu mengandung yang lain berseri- seri mukanya, adakah seri itu hinggap diwajahku ini ?

haiyaaaa....sekali lagi kesian suamiku...dapat isteri berjerawat, berjeragat bla bla bla...

bile aku bersalin dan keluar banyak darah nifas...adakah semua darah kotor aku keluar ? sekaligus melicinkan kulit muka ini ? [harapan tinggi menggunung tuh...]




*******




*********


jangan gelak- gelak

kelak kau menangis tersedu- sedu


jangan gelak- gelak
kelak kau menjerit tanpa lagu


jangan gelak- gelak
kelak kau kan rasa pahit hempedu


*********


jiwa raga ini mula penuh
dengan sel- sel barah
yang doktor tidak boleh perasan
yang mikroskop pun tak boleh kesan


sel barah itu memakan sel- sel jiwa perlahan- lahan
buat aku rasa sakit tidak keruan
buat aku rasa hidup tiada tujuan


sel barah itu terus makan sel bahagiaku
sel yang paling berharga buatku
sel yang membenihkan rasa cinta sayang pada orang disekelilingku

kadangkala...
sel barah itu berhenti merobek seketika


tatkala jiwa raga riang gumbira
tatkala hati terbuka seluas- luasnya menerima cinta
tatkala kasih sayang mencurah- curah

dan

tatkala mendapat perhatian majnunku



*********



kau tahu erti kosong ?
kau tahu erti derita ?
kau tahu erti sunyi ?

ya....

aku ini insan sunyi...


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


aku tidak perlukan dua atau tiga sebab untuk sunyi
cukup hanya satu sebab

mengapa aku ini sunyi



T_T






hati tersentap.

kecewa melanda hebat.

aku berusaha menjadi yang sesempurna mungkin.

tapi jika itu yang dipilih.

aku terkelu.

sekeping hati berwarna merah ini...diracik racik !

sungguh !

aku ada. secara realitinya.

bukan tiada !

kenapa yang fantasi juga dipilih ?

menompang dagu.

aku juga terkadang memilih jalan itu.

jalan fantasi itu.

tapi aku terpaksa.

sebab realitinya tidak sudi memelukku erat ~

sedangkan aku sangat dan teramat sangat menantinya.

jika ia berbaloi untuk dinanti...

iya...

aku akan tunggu...realiti itu...

oh fantasi...pergilah kau...

kerna aku ada disini.

berdiri.

tidur.

duduk.

berlari.

berjalan.

aku tetap wujud hakiki disini.

menunggu kamu !!!







Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers