Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me



akusangatsukarmelayanikausebagaipekerjabawahanakukeranakausahabataku.

akusangatsukarmenegurkausebabakumahumenjagahatikau

tapisampaisatutahapakuterpaksategurkausebaakupunsudahtakmampumenyerapsegalakarenahkau

ohkawan!!!
15 februari 2011

isnin


*senyum* kak Lina buat aku senyum sampai telinga. tak sangka dia masih ingat aku. walaupun aku agak lama tinggalkan kesukaanku ini.

aku ter'mengidam' pulak mahu berkongsi hari 'ikat janji aku' yang berlangsung pada 1-1-11 baru- baru ini.

hehe. iye !! diri ini sudah bergelar tunangan orang okey !!
so, majlis perkahwinan aku hanya akan berlangsung bulan depan okey !! kawan- kawan yang sudi silalah datang..merasa nasi minyak aku.. *wink wink*

-- tarikh majlis belah perempuan 19 mac 2011 [sabtu] -- Jerteh, Besut, Terengganu

-- tarikah majlis belah laki 9 april 2011 [sabtu] -- Klang Perdana, Klang

sejujurnya :

aku masih blur
aku masih tak tahu apa nak buat
aku tak tahu stat yang mana satu..

hebatkan ? sehingga aku tulis entry nie, aku ade lagi sebulan 3 hari untuk sampai ke hari majlis aku.

yang takutnye, aku balum berkesempatan balik kampung nak selesaikan semua perkara.

borang nikah, pelamin, mak andam, door gift, baju sanding...satu pun aku belum settelkan..

bukan aku tak excited. bukan aku kawen kerana terpakse ! semuanya gara- gara kerja !

aku kan wartawan. politik pulak tu. kalau korang perasan, kan ramai adun atau ahli parlimen yang meninggal sebelum nie ? so, aku kena pastikan, aku ada di opis..mengetuk stroy itu..bila mereka meninggal, mestilah ada pilihan raya.

bila ada pilihan raya...aku pun senyumlah..*bizi tahap lahanat LOL*

nak dijadikan cerita, editor aku balik kampung dia. ada wedding family. tak jauh. kat negara India tu je. hammek kauu..2 minggu dia balik.

selama dua minggu tu, aku macam orang sasau. haha.

minggu lepas aku baru selesai kursus kawen. dan buat ujian HIV. hujung bulan nie baru aku berkesempatan nak balik kampung.

aku cuba nak uruskan semuanya dalam masa 3 hari. sempat ke ? ngeri pula aku neh. Ya ampun, bukan aku main- main..kalo dah kerja aku nie menuntut 1001 perhatian..aduh..

baiklah.

mulanya, aku dan incik tunang tidak mahu bertunang. kami mahu terus akad nikah. tapi 3 hari sebelum famili dia bertandan ke rumah aku, incik tunang buat keputusan last- last minit. katanya familinya mahu bertunang dulu.

so, aku pun bertunang la. dan majlis tu sangat simple. dan aku memang xnak buat besar pun. aku xbagitahu sape2. kecuali budak opis.

kawan- kawan aku mula tahu bila aku post gamba kat facebook. itu pun aku ambil masa nak upload. aku segan. aku malu. aku takut ade yang terasa hati. huhu.

lepas jadi tunang orang..feeling aku macam biasa..cume rasa macam penuh sikit jadual jiwa aku nie..hehe

dalam hati. aku rasa bersyukur sangat. aku tak sangka aku mampu miliki dia. setelah apa yang kami lalui. pahit getir. yang tak dapat aku jelaskan. sakit derita merana sengsara kecewa semua aku lalui. *senyum*

moga ikatan antara kami terus erat ketat padat hingga akhirnya...



rombongan dari Klang..



saat sarung cincin



hehe..cium tangan bakal mak mentua



mesti muat punye..




sangat x best sebab jerawat mekar bersinar bak rembulan..LOL



nie mengantuk..tido kejap..keke


lepas siap majlis tunang, petang tu aku bawak incik tunang pegi pantai bukit keluang. tengok ombak besar. sebab mase tu musim tengkujuh lagi. memang xdapat nak mandi pun. mahu cari maut ? hehe..



jeng jeng...perkenalkan incik tunang <3



aku naik tangga mase nie..tu yang nanpak mcm same tinggi..hakikatnye ??



nie la hakikat sebenarnye..macam adik dengan abang. LOL

jap jap..nak tunjuk full dress tunang aku neh..hehe

taraaa.....







rendah vs tinggi..keke
aku sebenarnya sedang mengintai peluang.
untuk memulakan perniagaan sendiri.

yelah sampai bile kita nak makan gaji ?

kos hidup makin meningkat. taraf hidup semakin berkembang.

daripada bujang aku pun seperti manusia biasa akan menempuh alam perkahwinan kelak.

dan semestinya keluarga aku akan berkembang daripada dua kepada tiga. daripada tiga ke empat. dan seterusnya.

sasaran aku...aku beranak ramai. fuh ! dasat tuh impian.


soalan pertama. -- aku mahu berniaga apa ya ?
soalan kedua -- banyak mana modal nak pakai ye ?
soalan ketiga -- mana modal aku nak ambil ?

paling merungsingkan. aku bukan berkerja di sektor swasta. dan aku masih belajar jarak jauh dengan UPM. yuran tanggung sendiri. baru semester dua. ade lagi 6 semester. semua nak pakai duit. itu alkisahnye la..

aku akan senaraikan beberapa peluang perniagaan yang menarik minat aku..

1- kedai steamboat [ala buffet]

di sunway..siapa- siapa yang pernah makan di Flaming..pasti tahu macamana konsep yang saya cuba bawakan. itupun kalaulah saya pilih untuk bukak perniagaan ni..restoren tu menghidangkan steamboat ala- ala buffet..bayar RM20++ satu kepala...MAKANLAH sampai muntah...restoren tu turut menyediakan hidangan lain selain seafood..ada yong tau fu, nasi goreng, mee goreng, ABC, ais krim, biskut, coklat..pendek kata memang heaven..syarat nak pergi kedai tu, datang dengan perut yang lapar SGT! Petua dia, makan seafood je. makanan lain makan kat kedai biase pun boleh..melantaklah seafood yang maha mahal itu..kawan- kawan faham ? aim aku...satu hari aku nak bawa ma abah adik eka ayu kakg abang long mujahid datang makan kat sini.

2- butik andaman pengantin

aku suka berimaginasi. aku suka merekacipta sesuatu dalam otak aku. sebab aku tidak ada wang yang lebih untuk aku berkarya. bila aku tengok sesuatu rekaan, aku akan lakarkan dalam minda aku, apa yang aku akan buat jika aku ada peluang itu satu hari nanti. dan untuk majlis kahwin aku nanti, aku selalu mengimpikan banyak benda dalam kepala otak aku. namun banyak kekangan kewangan. sedeh! tidak mengapa. aku masih ada adik- adik untuk aku curahkan idea imaginasi aku itu. adik aku pernah berkata 'kalau kau bukak butik andaman, aku rasa menjadi'. amin. manelah tahu. zeanaaima bergelar mak andam nanti. hehe..

3- nursery

adik beradik aku tahu. aku tidak suka budak- budak. tapi..itu dulu. tapi bukanlah bermaksud sekarang aku nie sangat suke budak- budak. maksudnya aku tidak seteruk dulu. prestasi aku sangat buruk jika melibatkan budak- budak. tapi kini, bila aku menghala kearah gerbang perkahwinan, aku rasa jiwa aku nie masih boleh diselamatkan untuk disesuaikan dengan budak- budak. [terukkan ?]

alkisahnya, bila aku berbincang dengan seorang sahabat, berkenaan dengan masa depan anak- anak aku yang mempunyai ibu yang jadual kerjanya setiap hari akan habis tepat jam 10.15 malam. bilang sama aku sekarang, adakah ada nursery yang buka sampai malam bute ? semata- mata nak jaga anak aku ? huiii

aku mula terfikir. kenapa aku tidak bukak nursery. mungkin lain dari yang lain, nursery aku dibuka sampai lewat malam. sengaja. aku bagi peluang pada ibubapa yang ada kerja malam. cas lebih la sikit. kan ? ia juga bagi peluang pada ibubapa untuk pergi tengok wayang atau keluar berdating kan ? [motif ?]

yang agak cerewet nak bukak nursery nie...kena kursus dulu..modal pun besar ye ? tu lah bukan senang nak jaga anak orang. dibuatnya tersedak, meninggal dalam jagaan kita, tak naya ? nauzubillahhiminzalik..

4- carwash

aku tak terfikir pun perniagaan nie sebenarnya. tapi bila sorang sahabat PJJ aku mengusulkan cadangan tu, aku terfikir, betul jugak ye ? xpakai modal banyak pun. hanya perlu ada air dan sabun. tapi yang paling penting...tempat yang strategik..

budaya masyarakat sekarang. dorang malas nak cuci kereta. tak payah pergi jauh. aku sendiri pun malas yakmat nak basuh kereta. kereta aku pula warna putih bersih. kadang- kadang 3 bulan aku tak basuh. xsempat. skrg agak terkawal sikit. sebab aku upah sorang mamat india basuh keta aku tiap - tiap hari dengan harga RM35 sebulan. murah too. tapi belah luar je la. so carwash pun aku akan usha- usha jugak.

sebenarnya...jauh disudut ati aku aku nak buka ladang kambing Boer. tapi modal xde. sebab tu aku kena ikhtiarkan perniagaan jangkamasa pendek untuk aku kumpul modal. ladang tu nanti aku nak bela itik telur..sambil- sambil jaga kambing aku boleh kutip telur itik..dan ada bahagian aku nak tanam sayur..bilalah aku dapat capai impian aku tu..insyaAllah...

aku akan cari seberapa banyak maklumat tentang perniagaan- perniagaan yang aku sebut kat atas tu..insyaAllah aku kongsi bersama- sama diruangan ini.

noktah.
13 Februari 2011

Ahad

7.51 pagi


Ya Allah..terbuka pintu hati aku..

dah lama aku tinggalkan ruangan yang sangat aku cintai ini..

*senyum*

pada siapa- siapa yang pernah menapak diruangan ini..mereka terlebih maklum..kenapa aku bertindak meninggalkan ruangan ini buat sementara waktu..

dan atas dasar mahu membuka lembaran baru dalam hidup ini, aku meng'hide'kan semua entry aku yang maha 'basah' punye!!!

bila aku dalam proses menghilangkan jejak entry- entery *tersebut* baru aku sedari...rupa- rupanya banyak entry 'basah' aku..

baiklah. aku mahu mulakan atau sambung hayat blog ini..

dan transmisi yang pertama adalah, menukar nama blog ini :

dulu - emmacommey.blogspot.com [diam semua jangan komen ape- ape..kah3]

kini - zeanaaima.blogspot.com [secara formalnya..terimalah..]

misi selepas ini...mahu menjejak balik semua rakan bloging aku suatu ketika dulu..hehe

aku tahu dorang rindukan aku [sila muntah sekarang!]

matlamat aku...aku mahu manfaatkan blog nie..aku mahu bergerak ke level yang seterusnya..maksudnya kalau dulu aku asik bercerita tentang peribadi...kali ini aku mahu berkongsi maklumat fakta dengan pembaca..

bak kata mommy lina blogger murah vs blogger bermaruah

anyway...salam pena dari aku teman..

yeah !!!

Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers