Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me
bagaimana kita boleh yakin itu adalah takdir kita ?

jawap.

contoh 1, kita dapat tawaran masuk kolej serentak dengan tawaran masuk 'u'. macamana dengan yakinnya kita boleh kata takdir kita adalah msuk kolej atau masuk 'u' ?

contoh 2, kita dapat tawaran kerja di syarikat A dengan syarikat B. Macamane kita tahu syarikat A lebih better dari syrikat B untuk kita ?

contoh 3, kita nak kawen. macammane kita tahu yang dia ditakdirkan jadi pasangan dia ?

secara lazimnya. iya.satu cara saja.

solat istikharah.

tapi bukan senang nak buat solat nie. maksud aku nak buat dengan betul- betul hati tak diberat pada mana- mana pihak.

nak buat solat nie pun kita tahu bukannya sekali jek. mesti berkali kali.kena istiqomah.

bila dah dapat petunjuk dari yang Maha Kuasa...barulah kita dengan yakinnya boleh kata...

yang nie yang terbaik utk aku.

sejujurnya sepanjang aku bernafas dimuka bumi ini, tak pernah aku buat solat nie.

aku takut. aku xistiqomah dan aku takut aku xberada dalam keadaan ikhlas dan tak bias pada mana- mana tawaran yang ada.

nantilah.

sampai waktu dan ketika nanti.

aku pernah dinasihatkan oleh seorang kawan.

"belajar terima takdir."

masa tu aku terfikir. macamana dia yakin itu takdir dia?

mungkin.

bagusnya dia yakin dengan apa yang mendatang buat dia.

bile agaknya aku mampu mendabik dada.

berkata.

dengan riaknya.

"sesungguhnya itu takdir aku !!!"

noktah.

malam nie aku balik kg...

cuti seminggu. kakak aku nak kawen.

31 julai - akd nikah

1 ogos - majlis sanding

yang pasti, aku akan sibuk.

saje.

sibukkan diri.

misi aku - xmo nanges masa kak g sah jadi bini pada Abu Bark...hu3...
saat aku ketuk entry nie, aku berada kat alor gajah melaka.

aku outstation sebenarnya.

korang mesti tahukan kes kematian misteri mendiang teoh beng hock ?

atas alasan itulah aku berada dibumi melaka bandaraya bersejarah ini.

aku ditugaskan c0ver pengkebumian mendiang.

kami sampai rumah keluarga mendiang dah agak petang. pusing punya pusing, jumpalah kami rumah keluarga mendiang.

crew aku jalan sl0w2 masuk khemah yang mereka dirikan. ramai jugak orang. macam kenduri kawen pun ade jugak aku tgk. masa kami jalan, aku rasa sume orang tengok. pelik kot. tiba- tiba aku rasa macam telanjang. baju aku pakai koyak ke ? se
lipar aku tercabut tapak ke ? tudung aku senget ke ?

risik sikit- sikit. aku stat buat vox pop (interview orang ramai).sume ade india, cina, melayu.

tiba- tiba mata aku ternampak kelibat tunang mendiang. cepat- cepat aku suruh cameraman aku rakam gamba dia.

aku difahamkan ahli keluarga mendiang tidak mahu di interview oleh sapa sapa.

aku pusing- pusing depan rumah. dah mcm salesgirl aku masa tu. jual bunga memang lakulah.
tiba- tiba tunang dia keluar rumah. aku cepat- cepat pergi dekat dia dan ask

"kak..."

dia angkat tangan tanda tak mahu bagi komen.

"kak, saya bukan nak interview...saya nak tanya je..."

kakak tu dah bagi respon dah. tanda nak bagi kerjasama.

tengah- tengah aku nak cakap ngan kakak tu...ade sorang pak cik cina panggil aku dari belakang...

"hallo...hallo..." (nada marah2)

aku dah cuak gile. mampos aku kena halau nanti. aku toleh belakang. sorang pak cik bermuka tegang...

"u jangan soal dia...apa- apa u soal saya...u soal sama saya..."

hati aku macam kering masa tu. suara pak cik tu kuat. tak ramai pulak yang tengok aku masa tu. malu siot.

"sori uncle...sori..."

"u angkat gamba saya..."

tak mahu pak cik nik kecoh2 aku suh cameraman aku rakam dia cakap...memang berapi dia meluahkan rasa marah dia terhadap kematian mendiang...memang apa yang dia cakap memang best gile...

tapi...

yang aku geram sangat...sangat...sangat ialah...bile pak cik cina tu potong macam tu...aku telah terlepas peluang untuk bercakap dengan tunang mendiang. ingat senang nak dapat peluang mcm tu ??? sbb mereka satu keluarga memang tak nak bagi apa- apa kenyataan...arghhhh....

lepas pak cik cina tu siap cakap, dia undur beberapa tapak...tanda dia dah abeh cakap...pastu tiba- tiba dia sambung cakap pulak...kali nie berapi jugak...aku dengan asyik tengok dia dengan harapan cameraman aku sedang rakam apa yang pak cik tu cakapkan.

bile aku toleh kat cameraman aku, boleh lak ye rilek jek silang tangan. hadoi...bengkek lak rase...

depan2 pak cik tu aku sepak kaki dia...

"oit...rakam la..."

tak kelam kabut lak dia hanggkat camera dia...kah3...lucu pulak kalo aku ingat...

yang aku tambah nak tergelak...bile pak cik tu abeh cakap, cameraman aku tutup camera and...

"zack jom balik !!!"

"ko bia betol ??? nape lak ???"

"aku takut la wei...dia marah tu..."

"ape la kau...dia bukan marah kite...ahh...xde...aku nak stay..."

sian lak...ye terpakse ikut arahan aku...sbb...kalo kuar g esemen, repoter adalah ketua...muahahaha...masa nie lah aku nk tunjuk kuasa aku...keh3...


23 Julai 2009.

huh...mesti korang peningkan ?

entry kat atas tu memang aku tulis masa aku kat alor gajah melaka. tengah2 aku bersemangat ketuk2 entry tu, ade pulak sedikit gangguan.

gangguan ?? nak tw ?? ikuti kisahnya dibawah...ki3...

sekitar jam 8 lebih, kami gerak dari rumah mendiang. kami nak carik tempat nak buat editing. kami nak uploadkan story nie mlm nie jugak.

sebab bandaraya melaka nie bandaraya yang tersohor dengan pelancongan, jadi kami tidak ada apa- apa masalah untuk mencari wireless...

kami lepak dekat kedai makan tepi jalan. memang mantap la. tepi jalan pun ade wireless.

kami turun dari kereta kami bawak barang2 editing.

4 bijik laptop - acer, compaq, dell, ben-Q...dan 1 camera dv...

sebaik saja punggung aku mencecah kerusi, aku terus ketuk stroy...tok tok tok tok tok...siap!

aku emelkan story aku kat editor. lepas dia edit story aku, aku kena buat voice over.

yang menjadi kenangannya ialah...

aku buat voice over dalam kereta. ha3...memang aku tak kan lupelah...pestime aku buat voice over dalam kereta...aku gelak sorang kalo setiap kali tersasul...ki3

yang aku agak bangga, bile balik opis, producer ask aku..

"zack, u buat v/o katmane ?"

"dalam kete...nape ?"

"nape awak buat v/o dalam kete lebih baik dari ......(xboley mention...bahaya...) buat v/o dalam studio ? macammane diowang buat v/o ye ?"

lepas siap wat voice over, visual editor terus stat edit.

nkak dijadikan cerita...tengah2 aku ketuk entry nie...laptop visual editor abeh bateri...ben-Q aku dah awal2 abeh bateri...

visual editor nie dah bantai 2 laptop...terpaksa aku stop ketuk entry nie and bagi dia guna laptop nie...tu yang tergendala aku siapkan entry nie...muahahaha....

dalam kol 12 lebih, baru siap upload story. lepas tulah baru kami stat carik bilik nak tido.

tido.

esoknye, kami kena cover penghormatan terakhir untuk mendiang Teoh.


Mendiang Teoh Beng Hock


Adik beradik mendiang...



Perarakan Mayat Mendiang...

Kameraman yang sibuk mengambil sh0t angle terbaik...


kameraman yang seluar coklat tu kameraman aku...sempat jugak dia naik atas lori tu...


20 Julai 2009. malam.


kol 8.30 kami dah terpacak kat uma tu. mmg ramai tok sah cakap. banyak pimpinan pakatan rakyat yang datang.

- datuk seri anwar ibrahim - ketua umum PKR (*)
- datuk seri chua jui meng - mantan menteri kesihatan
- azmin ali - naib presiden pkr
- sallehuddin ayub - naib presiden pas(*)
- manikavasagam - ahli parlimen kapar
- tereesa kok - ahli parlimen seputeh(*)
- gan pei nie - adun rawang
- karpal singh - pengerusi DAP(*)
- gobind singh deo - ahli parlimen puchong
- lim kit siang - Penasihat DAP(*)
- lim guan eng - ketua menteri pulau pinang(*)
- shamsul iskandar - ketua amk selangor
- teng chang kim - speaker selangor
- ngeh koo ham - exco pakatan rakyat perak(*)

yang ada tanda (*), aku sempat interview depa...yang laen aku xsempat...memang ramai yang datang hari itu. rase2 aku jejak jugak 10 ribu...memang sesak gile...seperti biase aku kan pendek, terpusing- pusing aku kena gasak ngan cameran dan repoter lain...memang keadaan kelam kabut...dah la panas...hitam la aku...

nak dijadikan cerita...ade sorang mamat nie...tiap kali aku terpandang dia, tiap kali tulah dia sedang tengok aku. aku dah termalu sendiri, so aku sengeh ala kerang busuk aku la...keh3...

last2 dia datang kat aku n mintak name kad aku...aku bagi jek la...keh3...

bile da sudah cover kami gerak balik.

aku masuk jek lam keta terus bukak laptop, ketuk story. pening gile. tapi aku lawan. sbb takut ilham aku lari.

cameraman dah lame terlentok2. member aku sorang lagi yang merangkap driver lak duk menguap xabeh2. ngant0k beben0r gamaknye.

sapa opis lam kol 1.30 petang.

aku sapa opis terus sambung ketuk story. cameraman da puas tido. dia naik opis bace paper. hai senang badan. yang member sorang lagi nie terus bantai tido. aku jugak yang kena terus ketuk n ketuk n ketuk...

letih aku berbayar bila senior repoter check story aku...dia kata...

"yes !!! i setuju dengan pendapat u..."

ki3...story aku sikit jek dia ubah...yang lain sume ok...hua hua hua...rase berbaloi penat tu...penat tu melayang macam tu aje...

lagi pun mlm nie aku balik kampung...

hurey...hurey...

petang sikit fon aku berbunyik...

"cik zack thanks bagi name kad td..."

"ok jek..."

"tadi ape YB- YB tu cakap ?"

aku da rase pelik...

"xde pape...bende same jek depa ulang...xde yang baru..."

"td saipa nama YB yang awk interview td..."

"nape ? awk nie repoter jugak ke ?"

"saya ada gaya repoter ke ?"

"tak...gaya SB..." (speacial branch a.k.a abang pulis la...)

"tepat jangkaan awk...leh kawan ?"

lalalalala ~~~~~~

cow !!!

aku nak cerita.

tadi.

aku tengah khusyuk baca paper.

tiba- tiba.

ada orang ketuk meja.

aku dongak kepala.

bos aku.

"saya tidak setuju dengan satu statment awk dalm blog awk..."

oh tidak !!!!

memang aku akui.

aku telah keluarkan satu kenyataan yang agak bengong...

kalau aku betul2 bermaksud pun...ianya hanya 8 peratus daripada 1000 peratus...

sesungguhnya dunia kami jauh berbeza...

berbeza.

itu sudah cukup.

cukup.
zaidani deraman.

kawan aku.

kami kenal pada hari pertama semasa masuk sekolah menengah agama ittifakiah jerteh besut terengganu. keh3.

terdetik kat hulu hati aku. aku nak berlipurlara tentang kawan aku yang sorang ni.

persahabatan kami ada turun naik. sehingga satu tahap hubungan kami langsung terputus.

putus. macam tak ada peluang langsung untuk diperbaiki. agaknya sebab hubungan kami terlampau baik. sehinggakan bila kami mengalami krisis, susah untuk kami 'refresh' kembali hubungan kami.

biasalah. remaja. baru nak mula kenal dunia.

sehinggalah dia pindah sekolah masa tingkatan 4.

nak dijadikan cerita...kami 'terserempak' kembali apabila bersekolah dibawah satu bumbung semasa di tingkatan 6.

yup !!! aku masuk tingkatan 6.

mulanya aku kaku untuk tegur ani. malu wey !!!

lepas tu ditakdirkan kami dipilih menjadi peserta pantun. sekadar info untuk kowang, lazimnya, sesiapa saja yang masuk team pantun ini, mereka agak popular sebab, sekolah ini sudah pun mencatat nama sebagai pemenang pesta pantun sirih pulang kegagang peringkat kebangsaan.

tak kecut pulak perut aku bila dapat tahu sejarah yang membanggakan ini. dan tatkala itu, team kami ditugaskan untuk menyambung kesinambungan kecemerlangan pemantun- pemantun terdahulu.

sepanjang kami berlatih, aku mulai rapat kembali dengan ani. sikit demi sikit kami eratkan kembali hubungan kami.

dan alhamdullillah...usaha gigih kamu membuahkan hasil. kami juga berjaya menjejakkan kami kami dipersada kebangsaan...kami berjaya mewakili negeri kami...negeri terengganu darul iman ke pesta pantun sirih pulang kegagang tahun 2004.

malanga kami kecundang disuku akhir. sangat sedih. hanya kerana masalah dalam yang tidak sepatutnya berlaku, ia menjejaskan persembahan kami. kami terpaksa mengaku kalah.

bukan aku nak berbangga lebih...tema pantun aku sangat berpotensi...hadui...sebal pulak kalau ingat balik...

berbalik kepada cerita zaidani.

kami kembali terpisah. masing- masing lanjut pelajaran.

bila abih belajar, kami kembali aktif berhubung. telefon. msg.

dan sehinggalah aku menghadapi satu keadaan yang sangat sukar untuk aku lalui, dia ada bersama aku...

ya Zaidani bersama aku. menemani aku. satu yang tak akan aku lupakan sampai bila2.

kawan yang sanggup aku musuhi satu ketika dahulu. kini sering bertanya khabar aku...

"awk okey hari ini ?"

"macamana hidup awk sekarang ?"

"kalau awk rasa sedih, kol saya...saya sedia dengar..."

kawan mana yang tak terharu ?

walau aku jauh dengan dia, aku rasa dekat dengan dia...

zaidani...

terima kasih jadi kawan saya...

terima kasih jadi sahabat saya...

terima kasih kerana masih bersama saya...

sayang awak...

p/s: ani msg aku...dia kata entry aku kini berbentuk sentimental...dulu lebih entry aku bersifat gila- gila...hu3...aku rindu...masa lalu...sikit masa lagi aku akan jadi seperti dahulu.. dari segi emosi dan cara hidup aku...seperti dulu...

bila agaknya ?

bila agaknya aku akan menjadi emma yang dulu ? rindu sangat jadi emma yang dulu. tak payah rungsing fikir tentang sesuatu perkara. tak payah bersedia untuk menerima sesuatu yang maha pahit untuk ditelan.

memang orang kata. semakin kita dewasa, makin banyak halangan dan dugaan yang bakal kita hadapi. semunya untuk mematangkan diri.

tapi, aku sayang untuk lepaskan sikap kebudak- budakan dalam diri aku. aku lebih senang jadi manusia yang budak- budak suku dewasa.

memang agak bengong. tapi aku tak mahu menyesal di kemudian hari. aku tak mahu mengeluarkan dialog seperti ini...

"la...dah tua aku nie...baru semelam rasa macam budak2..."

"tak puas lagi aku jadi budak2..."

"kenapalah aku tak banyak kenangan semasa jadi budak..."

sowang kawan pernah cakap cara aku berfikir xmatang...hahahaha...dia kata aku malas fikir...aku akui...aku memang malas nak berfikir...kecuali kalau benda itu betul betul menarik perhatian aku...yang itu aku usaha jugak nak tahu...tu yang susah kalau aku sudah agresif...muahahahaa...bukan sume orang tahu aku nie agresif...sorang kawan jek taw...dia selalu kata...

"awk nie orang kampung yang hebat..."

"ki3...hebat ke ?"

"eleh...buat2 tanya pulak..."

hahahahaha....sebetulnya aku nak menulis...tapi aku tak ade isu...tapi aku nak menulis...nak menulis dan nak menulis...

semalam aku cuti...selepas aku kerja 7 hari non stop...aku rasa sikit lagi nak sewel...bayangkan selama 7 hari tu aku terpaksa keluar interview orang merangkap Yang Berhormat...buat special report..nak gila otak aku...

yang buat aku jadi nak gila sebab semua special report yang aku kena buat semuanya topik berat2...ekonomi...hak asasi manusia...kebebasan media...huh !!!

nak carik mood nak karang story berjela2 memang mencabar seluruh neuron- neuron otak aku yang maha berkarat nie...

dalam banyak2 special report yang aku agak puas hati adalah isu ekonomi...

kompem korang pernah dengar tentang libralisasi ekonomi kan ?

sesungguhnya aku zero pasal isu tu. tapi lepas terpaksa interview salah sorang ahli politik yang disegani, aku mula bukak mata tentang isu itu. sesungguhnya aku rasa risau akan dasar baru ekonomi yang baru saja najib perkenalkan...satu jek soalan aku...

bijak atau bodohkah libralisasikan ekonomi pada saat- saat ekonomi global gawat kini ?

nak tahu lebih ? sila klik bawah...


p/s: saja dengan riak dan takaburnya aku nak gtw skrip dan suara latar tu aku yang buat...keh3...almaklumlah akukan gile glam...ye ke ? ramai yang ckp mcm tu...lantaklah kowang...

dalam masa seminggu nie banyak yang berlaku dalam hidup aku. aku xbisa contengkan apa yang aku lalui. sebab ia lebih kepada peribadi. terlampau peribadi.

pernah tak kowang tergesa2 mengumpul kenangan manis? kumpul kenangan untuk dibawa menemani diri. kenangan yang bakal dibawa sampai bila2?

aku selalu dengan..."kita hanya merancang...tuhan yang tentukan..."

hati berdetik.

apa yang tuhan rancangkan untuk aku ?

semalam aku dapat panggilan. dari sorang admire aku. cis !!! admire kepale hotak kau !!!

sesungguhnya aku faham segala apa yang cuba dia sampaikan...cukup faham...tapi aku buat2 tak faham...aduhai...

dia baik. dia cukup segala2nya. dia kuat. berdikari. hensem.

tapi...

susah !!!

hu3...

bila dalam hati penuh dengan memori dengan orang lain...xde ruang untuk diberi pada orang lain...

tapi, kalau dia sanggup tunggu...manalah tahu...

sebab...aku pernah dengar...

"lebih baik kawin dengan orang mencintai kita lebih dari kita mencintai orang itu"

sebab dia akan lebih menghargai kita....

iya...

menghargai kita...

itu yang sebetulnya...

ada ke orang hargai aku ???

hu3...

arghhhhhhh...aku nak menulis seperti dulu...menulis tanpa duka...aku benci...

benci...

benci...

noktah..






p/s: emma itu akan kembali...lambat sikit je...tunggu ye...
kadang2 rasa aku sedang menipu diri sendiri.

kadang2 aku rasa aku zalim dengan diri sendiri.

kadang2 aku terfikir...

kalaulah dunia aku yang kontrol...

kalaulah takdir aku yang tentukan...

kalaulah kalaulah kalaulah kalaulah...huh !!!

masa terus berlalu...

berat aku nak pelan2 lepas...

lakaran hidup aku makin berubah...

dan aku langsung tidak sangka...

lakaran hidup ini sebegitu sukar...

ya...sukar...

sukar untuk aku hadapi...

sukar untuk aku redhai...

sukar untuk aku lepasi...

enaknya hilang...

hilang.

apa yang hilang ?

banyak yang hilang.

terlalu banyak.

dan aku bakal kehilangan lagi...

sekali lagi.

akan hilang.

hilang.

noktah.

hu3.


hari ini 4 julai 2009.

tinggal lagi 3 minggu lebih.

nak masuk bulan 8.

bulan 8 puasa.

bulan 9 raya.

bulan 9 sorang kawan akan bertunang.

terasa ditinggalkan...

sorang sorang dah nak melangkah alam baru...

sedih rasa.

tinggal aku.

begini.

sendiri.

sepi.

sampai hati.

hu3.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers