Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me


bukan niat berdendam.
bukan niat mengata.
bukan niat mempersenda.

cuma satu.

memberitahu.
ya...
memberitahu.

aku tak mampu berkata.
lidah kelu 1000 bahasa.

aku tak mampu berkata.
andai tiada yang mahu menerima.

tapi...

aku perlu bersuara.
agar kuat bertenaga.
menghadapi saat membara.

agar bisa bersahaja.
walau amukan jiwa melanda.
hebat dalam dada.

sebab...

tidak mungkin aku berlapang dada.
menadah segala.
selama lamanya.

kecuali...

ada yang menanya.
dimana sakit sengsara.
menyembuh luka yang lara.

ampunku pinta.
andai tersopek bicara.
terluka dijiwa.

niatku semata.
menyampai sengsara.
agar sembuh semena.

bukan niat berdendam.
bukan niat mengata.
bukan niat mempersenda.




p/s: bercakaplah. penawar segala masalah.

apa agaknye perasaan isteri- isteri diluar sana yang TERbaca mesej suami mereka...bersayang- sayang dengan perempuan lain ?

mukadimmah ayat ini memang membunuh. dan mukadimmah seperti ini mampu membuatkan darah sang suami mengalir laju. [itu pun pada mereka yang buat salah *peace*]

pemikiran lelaki dan perempuan sememangnya berbeza. masing- masing punya ego yang mana mahu mempertahankan segala tindak tanduk mereka.

sehingga kadang- kadang masing- masing lupa akan dimana keutamaan mereka.

keutamaan dalam merukunkan kebahagiaan rumahtangga.



cheewah...menulis macam dah lama kawen...padahal baru 8 bulan ! :p



baru 8 bulan ! kalau ditanya pada tempoh ini...

"apa perasaan kamu kalau suami kamu bersayang- sayang dengan orang lain ?"

jawapannya :

"kecewa" [satu perkataan cukup]




itu baru 8 bulan ye kawan- kawan. cuba fikir bagaimana perasaan isteri yang sudah 18 tahun kawen...diajukan soalan sedemikian ?

mungkin jawapan itu banyak...

A : [isi tempat kosong]

B : [isi tempat kosong]

C : [isi tempat kosong]

D : [isi tempat kosong]


:)



perkataan 'sayang' untuk isteri...hanyalah untuk suami yang dinikahinya.

tapi...jangan kita terlalu bergantung harap...perkataan 'sayang' sang suami HANYA untuk kita...

sebab...

itulah realitinya...


:)) [senyum lebar- lebar]


pokok pangkalnya 'kepercayaan'

pernah seseorang memberitahu "dalam alam perkahwinan, bukan cinta semata- mata. yang lebih utama adalah MENGHARGAI pasangan kita."

sehingga rasa cinta kian pudar...yang masih bersisa adalah perasaan menghargai.


oleh itu...hargailah pasangan anda...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


p/s: apa agaknya perasaan suami bila melihat isterinya bersayang- sayang dengan lelaki lain ?



Situasi satu.

Seorang ayah. Tiap- tiap malam akan bagi anak- anaknya makan pizza.

Selepas sebulan, anak- anaknya sudah muak dengan pizza.

Sebab selalu makan.

Dan mereka mula tak kisah bila ayahnnya jarang- jarang sekali bawa balik pizza.

Sebab mereka dah puas makan pizza.



Situasi dua.


Seorang ayah. Dia bukan jarang- jarang, tapi sangat- sangat jarang bawa balik pizza untuk anaknya.

Sehinggakan anak- anaknya tertunggu- tunggu 'bilakah ayah akan bawa balik pizza'

Terkadang anak- anak cemburu melihat rakan sepermainannya sering makan pizza.

Satu hari mereka bertanyakan ayaahnya 'bila mahu beli pizza' ?

Ayahnya menjawab 'ish nafsu buaya' betul anak- anak ayah.

Terdiam si anak.

'Ayah jarang bagi..tapi kata kami bernafsu buaya'

T_T



Orang kata ibu mengandung tak boleh layankan sangat idam mengidam ni.

Kussmangat !!!

Sebetulnya aku tengah bersabar dan menolak jauh- jauh keinginan ini. Bulan lepas nak makan McD. Punyelah aku bersabar.

Dan dapat je gaji hari tu, aku terus menelan Quater Pouder set Large !



Yum yum yum...

Semalam pukul lima pagi tersedar suamiku balik. Spontan aku rasa kecur air liur, nak makan buah. Dalam kepala terbayang jambu air yang suamiku beli di TAPAH hari tu !



Dekat la pulak aku nak suruh suamiku berkejaran kesana semata- mata nak makan jambu air. [Sape suruh sedap sangat ???]

So aku setkan dalam kepala..."apa- apa buah pun tak ape...asalkan buah..."

Dalam perjalanan balik dari kerja tadi...aku singgah beli buah ini...sebagai ganti...



Sekarang [tatkala ketuk entry ni] aku teringin nak makan lagsana. Ya Allah...terbayang- bayang cheese yang panas- panas...dengan bau yanggggg...maha lemak- lemak tu....



Dengan rendah hatinya, aku bagitahu suamiku...nak makan lagsana...

T_T

Nampaknya hajat tak kesampaian. Sebab dah janji, satu bulan satu benda aku boleh makan.

So, aku simpan keinginan ini untuk bulan depan :) [think positif]

Kalau ikut hati ni, aku redah je. Tapi aku tak mahu ajar diri ini manja sangat.

Dan aku tak mahu susahkan suamiku :)

Aku makan ape yang ada je. Bagus tak ?

Aku teringin nak makan nie..


hehe...adik aku dah belikan untuk aku...yum yum...dia bagi enam bungkus. dua dah bagi iparku makan.

satu aku dan suami dah makan.

tinggal lagi tiga... ;)

Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers