Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me
aku jatuh hati. kali pertama pandang terus aku terbuka hati nak beli. walau harganya mencecah RM120.00...

Tafsir al- quran...uniknya tafsir nie sebesar buku log...siap dengan maksud word by word...

ada asbabun nuzul...meanning sebab turunnya ayat2 al quran nie...apakah peritiwa disebalik turunnya sesuatu ayat itu...

semestinya ada tafsir setiap perkataan ditepi setiap muka surat...

dan yang paling menarik minat aku ialah...

wana pink kaler...

aku bukanlah peminat wana pink...

tapi aku suka sesuatu yang unik...xkisah wana ape, asalkan nampak unik dan hati aku berkenan...wana pink pun pink la...hahaha...jok tengok tafsir al quran aku...

sape2 yang berminat leh la gtw aku...boleh aku tlg oder kan...ki3...tetiba jadi salesgurl lak...






sekian terima kasih...keh3...
gamba makan.

aku tengah gila upload gamba sekarang. dan mood aku untuk berblogging sekarang sungguh kuat. ade saja cerita aku nak kongsi. sebab aku mula rasa hepi dengan hidup ini. kembali hepi sebenarnya. setelah melalui episod murung dan basah beberapa bulan sebelum ini.

dan insyaAllah aku akan usaha supaya aku kekal dalam mood ini. dah xmo sedih2. letih. mungkin ada insan yang lega dengan kembalinya zeanaaima yang dulu.

biarkan. sebab hati ini masih berdarah untuknya. kata maaf mash sukar untuknya.

owkey.

kembali pada tunjang entry aku kali nie.

tahun nie aku berbukak puase dengan member2. dan semuanya best2.

dibawah ade sekeping dua gamba aku sedang melantak. ki3. jom usha.



aku makan ape nie ?
waaaaaa...makan ayam upenye...

this is my feveret...so delicious...


kepak ayam...betul ke org kate mkn kepak ayam byk nanti tetek besar ? opsss...ki3...


papperoni pizza...yang nie tambah cheasse...


manyakkan ? nie bukan bukak pose...nie membela hantu raye nie...muahaha...


yang nie kat the curve...minom iced choc...sementara tgu nk nengok wayang...


meleleh air liur aku...

nie kat taman mayang, kelana jaya...pergh...aku rekmenkan korang mai mkn sni...


bersungguh dan giginya aku fotong daging kambing...yeeehaaa...


kambing...xpena ag aku mkn kambing sampai puas n kambing tu xabeh2 ag..berbaloi...siap tapau ag...manyak sangat...makan memang puas hati la...



dan aku ada hadiah sikit untuk korang...ade satu foto kat bawah tu...aku curik2 sanap...gamba penerbit aku...tido dalam opis...ki3....










































tarraaaaa....dia cuti masa nie...tapi dia singgah opis jap...langsung tertido...aku hape ag...bergamba timeeee...keh3...ampun cik poji...ki3...




zalim.

tergamak kita bercakap tentang zalim. walhal diri sendiri pun sedang menzalimi orang lain. mungkin kita sebagai manusia, tidak nampak kezaliman yang kita hadahkan pada seseorang.

dan kita hanya nampak zalaimnya orang lain pada diri kita. tanpa mengambil kira dari segenap ruang, adakah kita betul- betul bersih dari menzalimi diri orang lain ?

aku terbaca satu 'post'. seraya aku tergalak. sinis.

sungguh aku terkenang segala kezaliman yang dihadiahkan pada aku. mungkin padanya apa yang dihadiahkan kepada aku bukan sesuatu yang zalim.

dan mungkin hanya au berfikiran begitu.

mungkin.

sebab. biasalah. terkadang aku rasional. dan terkadang aku gila.

gila emosi.

aku selalu cakap aku punya misi. dan misi itu bukan satu dan bukan dua. misi aku banyak. dalam usaha memulihkan diri aku menjadi diri aku yang sebetulnya aku tanpa ada desah nafas sang penduka lara.

letih sebenarnya.

hidup dalam emosi murung. xsedap.

misi aku :-

satu.

hari ini aku akan ke pejabat pos untuk beli wang pos RM12.00...aku na sambung belajar...kat uitm...course mass com...public relation...makan masa dalam 4 tahun...kelas sebulan sekali...RM1300 per sem...mmmm kemasukan bulan 12...dan apa yang aku gembira...aku bukan keseorangan...ki3...yey !!!

dua.

hari ini aku mahu ke kwsp. amik epf statment. pastu kena berlari ke seksyrn 13. hantar statment tu. nak siapkan beberapa prosedur. sehingga prosedur ini masih xsettel...aku xle umumkan misi aku nie disini. bila dah settel, aku akan umumkan dengan bangganya...keh3...

tiga.

hari nie jugak aku kena g seksyen 9. nak bayar bil fon...keh3...

dah...3 da cukup kowt...

misi terdahulu aku dah serahkan pada my beloved sister. dia akan settelkan misi besar itu. kerana aku percaya pada dia. dia akan buat yang terbaik untuk aku. aku pasti itu. walaupun mungkin aku tak layak, atleast aku try. untuk masa depan aku jugak. amin.

kak g ask aku. bila ko rasa ko bersedia ?

paling awal tahu depan...

betulkah ?

mmm...
3 malam aku menggila.

terasa puas dan aku mula rasa yang hidup ini sebenarnya indah. andai teman- teman sentiasa disisi.

cinta bukan segalanya. benar kata orang, berkawan biar seribu, bercinta biar satu...

satu lagi...

persahabatan lebih bermakna dari percintaan...

kalau bercinta...and then berpisah...mungkin kita dan pasangan kita sudah tidak berkawan@bermusuh@berpura- pura xpeduli@masih berkawan dan lain- lain...tapi majoritinya bila berpisah, berpisah terus.

tapi, kalau berkawan. bergaduh teruk mane pun, still juga berkawan. ikatan kawan@persahabatan lebih kukuh dari percintaan.

dan peranan seorang kawan sangat penting dalam meneutralkan balik ion- ion negertif dalam setiap neuron- neuron yang ada dalam setiap pembuluh saraf dalam diri setiap insan.

dulu, aku tak punya ramai kawan. satu dua jek kawan aku. dan kini, hidup aku mula ceria. aku mula terasa nikmat hidup berkawan. aku rasa hidup ini lebih bermakna.

aku mula sedar yang dalam hidup ini bukan episod duka lara saja yang ada...banyak lagi episod- episod lain yang berebut- rebut nak mengisi hati ini.

dan.

kadang- kadang saja.

aku tiba- tiba tersentak.

tiba- tiba.

jadi murung.

selepas itu, aku berusaha keras.

sumpah.

sungguh keras.

untuk pusing balik mood aku.

supaya aku kembali menjadi zeanaaima yang ceria.

zeanaaima yang banyak mulut.

zeanaaima yang suka berleter.

zeanaaima yang suka pura- pura marah- marah.

zeanaaima yang hipokrit...sembunyikan sedih dalam hati...

tinggal saja lagi beberapa minguu.

nak raye.

da nak raye da.

harap aku masih mampu tersenyum.

hari itu bakal tiba.

pasti.

hu3.













aku bukak pose dengan satey hari ni. sesungguhnya aku rasa macam nak menangis. aku sudah lama mengidam nak makan satey. tapi masa tidak mengizinkan. dan kini. masa yang ada aku xlepaskan.

sorang member nak belanja makan. sebab gaji dia naik. alhamdullillah. moga murah rezeki dia. amin. rezeki aku jugak. amin.

aku makan 13 cucuk. member laki aku makan 14 cucuk. 2 orang member popuan...masing- masing 5 ngan 8 cucuk.

wah...jauh beaza ngan aku makan tu...keh3...nampak sangat aku nie pelahap orangnya.

aku makan satey mcm dah lame sangat- sangat aku tak makan. tapi memang dah lame pun aku xmakan. aiii dah lebih setahun kowt. mak oit. lame tu.


20 cucuk satey ayam, 20 cucuk satey daging...

nie tukang belanjae....makasih edin...

member opis...lemah lembu dia makan...ki3...


abc tu minah nie punye...

lepas makan aku singgah bank BSN. masukkan duit utk adik- adik aku. lega. mampu berbakti pada adik- adik. aku bagi mereka sikit duit. beli baju raya. sungguh damai perasaan bila kita gembirakan adik- adik. senyum sampai telinga.

lepas makan, kami pusing- pusing. carik baju raye kat kompleks PKNS. banyak baju cantik- cantik.

tapi hampir 90% semuanya baju yang kain jarang- jarang tu. hanggin lak aku. aku ade berkenan ngan satu baju nie.

kebaya. wah. cantik sangat. RM 160.

sebetulnya aku tak tahu samaada baju tu murah ke mahal. sebab ini kali pertama dalam hidup aku, nak beli baju yang dah siap untuk raya.

selalunya aku beli kain n upah jahit.

dan ini kali pertama aku beranikan diri untuk membali sepasang baju yang sudah siap.

aku mahu yang diukur dengan badan aku sendiri. tapi aku macam xpunya masa. dan aku rasa saat ini, tukang jahit pun dah xmampu nak ambik tempahan lagi. mmmm...

esok aku cuti lagi.

dan aku bercadang mahu ke KL.

mahu carik baju raya.

paginya aku ngan sorang member nak carik rumah sewa. petang sikit kami akan gerak pergi KL. carik baju. harap- harap ade yang sesuai dan betul2 buat aku jatuh hati.amin.

jup...pakat ramai- ramai carik baju raye...ki3...





semalam aku buat kerja gila.

aku ajak kawan- kawan opis aku.

kami kuar g lepak.

kat the curve.

g amek gamba.

semata- mata.

gelak- gelak.

hilangkan tensyen.

gundah gulana dihati.

seketika aku bahagia.

tanpa terkenang.

hati berdarah- darah.

selepas mendengar.

satu panggilan.

alahai.

persetan kau.

aku mahu terus hidup.

terus bahagia.

terus perkasa.

terus terus dan terus.

sasaran aku.

aku ingin tinggalkan.

apa saja yang meninggalkkan aku.

aku ingin tolak.

apa saja yang menolakku.

kerna aku tahu.

siapa diri aku.

siapalah aku...

:)


teringin upload gamba gila ini. nantilah. satu masa. nanti.

tergesa2 pulak rasenye. apa yang berlegar- legar kat kepala aku skrg nie...betul ke ape aku buat nie ?

tapi bila aku kol abah ngan ma...aku lega...

mereka disebelah aku.

tu pun da cukup.

alhamdullillah.

tadi aku terdengar sesorang bercakap di fon.

berdarah- darah hati aku.

mood aku totally swing...

balik opis...mood aku tak teratur...

aku perlukan ruang...

untuk menangis...

hu3...
aku kena baca berita hari ini. tengah- tengah aku siapkan story last sebelum aku dimekapkan mak andam, aku dapat satu panggilan telefon.

"zack, kita ada lawat kawasan petang nie. U nak follow kita ke ?"

"okey YB...nanti kita jumpa..."

waaa...ahli parlimen batu...tian chua call aku...ki3...

kelam kabut aku. ekceli. kami ada tugasan sempena hari raya. kena follow pemimpin. tengok aktiviti depa sepanjang bulan puasa nie.

sampai kat pusat khidmat dia, aku dan cameraman aku naik kereta tian chua...camry...

kami g 4 buah surau. tian chua bagi sedikit derma kat surau- surau nie. ujan lebat la pulak. aku basah kuyup.

lepas siap g surau. ujan turun renyai2. kami g bazaar ramadhan kat taman datuk senu. apa yang aku kagum. rata- rata masyarakat kat situ kenal tian chua. aku difahamkan dia agak familiar dengan masyarakat setempat. selalu turun padang. dekati rakyat. dan dia sungguh tak sombong.

kat bazaar tu dia sedekahkan bendera Malaysia pada pengunjung yang datang. dia basah kuyup. xmo guna payung. alahai...low profile la...

masa nie aku ade buat standupper...macam celake jek...keh3...mestu buruk gile...xramai lak yang tengok aku masa tu...aku malu...eeeeeee xsuke...

da siap tugasan aku. aku bergegas nak balik shah alam sebab nak join member2 opis bukakpose kat plaza masalam...

tapi hajat aku xkesampaian...aku stuck...jam gile2 teruk...aku bukak puasa dalam kereta...sadis...

dibuatnya penat sgt...aku tertido dlm keta...bukak2 mate jek da sapa shah alam...sian kat member aku drive sorang2...

ade sorang kawan. aku asik ask dia. nak bukak pose ngan ape. tetiap ari. tapi ye xpena ask aku. asik aku jek ask ye. nasib badan. bia la.

petang tadi sebelum keluar esemen, aku panas hati.

nak marah orang.

bagi aku. walau sebagus mana pun kita rasa kerja kita, apa salahnya kita respek kerja orang ? dan kalaulah cara kerja kita memang bagus then kita nak nilai kerja orang...ok fine...ade la point jugak kan ?

tapi kalo keje ko pun macam gampang...xyah nak kondem orang jek selalu...macam ko tu bagus sgt !!!

aku benci kalo time aku kerja, aku disuakan dengan perkara remah temeh yang buat aku sakit hati...

mungkin hanya repoter tahu perasaan seorang repoter.

mungkin bagus sesetengah orang kerjaya nie sesenang petik jari. ya mungkin.

tapi.

aku nie lembab. xpandai. otak pun beku.

dan bagi aku, kerja ini bukan senang. tambah2 lagi repoter politik. ingat senang nak buat story ??? politik semata- mata pulak tu.

kalau rase diri tu dah okey sangat...ko try jadi repoter sebulan dua...aku nak jugak tgk org hebat jadi repoter...

yang pasti aku bangga dengan team repoter aku skrg...

dulu kami terhegeh2 buat story...kadang2 mlm baru siap...tapi skrg kami mampu siapkan story by petang...atleast kami ada improvement sikit...

pls la...bagi kami support...jgn tekan kami...jgn hina kami...


aku tak ada selera.

tahun nie catat sejarah aku hanya mampu mnum air jek untuk sahur. sebelum nie aku tak pernah abaikan sahur. maksud aku, aku akan pastikan aku makan. walaupun sekadar maggie.

tapi tahun nie aku benar- benar xlalu.

aku tertanya2 jugak. adakah sebab aku memang xde mood nak makan.

or aku dibayangi sesuatu...adoiiiiiiiiiiiiii...

xsuke xsuke xsuke....

aku nak balik kampung...bukak pose ngan famili...

tgk r tengah bulan depan...

dah nak raye...mmmm

sorang kawan nak tendang aku...

aku yakin kalo ye betul2 duduk depan aku, memang aku kena sepak ngan dia da.

kawan aku nie ganaz. kawan yang paling ganaz pernah aku kawan. dan aku tak tahu macamana aku boleh kawan dengan dia sehingga makan tahun.

susah senang dia sentiasa ada bersama aku. dan sejujurnya. aku takut ngan dia.

dia nak tendang aku...sebab aku lemah sangat...aku terlalu tenggelam dalam emosi...sehingga aku terkadang tak sedar rasional aku sudah nyawa- nyawa ikan...

sahabat,

akan aku cuba bangun kembali. perlahan- lahan. sehingga aku kembali mampu melangkah kedepan tanpa segaris duka.

akan aku cuba melangkah megah tanpa langsung terasa aku pernah jadi insan yang paling berduka dalam hidup.

akan aku cuba.

sehingga itu...sentiasa sudikan bahumu untuk aku berpaut, andai sesekali aku terasa ingin tersadung...

terima kasih sahabat...

sob sob sob...

korang makan kambing ?

aku makan. yum yum. semalam aku bukak puasa dengan nasi beriani kambing. seperti sebelumnya aku makan dengan member- member opis. so seronok. kami makan sambil gelak- gelak.

malam sikit aku teman sorang member g tesco. g beli sejadah. pastu aku sempat rembat 2 helai selendang. sambil- sambil tak ade duit. hu3.

semalam kan hari mengundi N11 DUN Permatang Pasir. so, dari pagi aku sibuk kemaskinikan perkembangan pilihanraya.

aku bersyukur sebab sepanjang 4 hari berpuasa kami repoter buat story dengan kadar pantas. kami mampu siapkan semua story sebelum kami berlenggang ke bazaar ramadhan.

hari ini bukanlah hari yang meletihkan buat aku. tapi tak tahu kenapa sengal sangat aku boleh terlelap dalam surau. aku nak solat asar sebenarnye. asalnya aku nk betul kan urat (ecececece...) member aku tu tersangat lembik da. dia memang lemah kalo puasa. dia baring jugak. aku pun gatal2 p tutup mata. sekali kau....45 minit aku tertido !!!

aku bukak mata berderau darah aku sebab aku terfikir tak ade orang cari aku ke ? aku kejutkan member. dia pun mamai.

nasib baik sangat- sangat semua kerja aku dah siap masa tu. so, no hal la kalo aku tertido pun. kekekeke...

disini aku nak tegaskan. bukan aku sengaja nak tido. TERtido laaaa...konon- konon letih la...padahal...hu3...


4.31 pagi.

aku tengah sahur sewaktu aku sedang ketuk entry nie. aku xde mood nak sahur. aku xrasa nak makan apa- apa. aku hanya mampu telan mamee monster ngan air soya jek.

aku tak ada selera nak makan. aku hanya mahu sahur kat kampung. ngan famili aku. tak pe. tengan bulan 9 nanti aku cop nak balik bukak pose kat kampung. hoorayyy.

hari ini aku baru terasa bukak puase. sebab hari ni kan hari isnin. sume orang keje. so aku ngan member- member opis makan sama2. meriah. gelak2. tapi aku makan sikit jek. xlalu nak makan.

akhir- akhir ini aku xada selera makan. kalau aku makan, mesti tak abeh. sebenarnya aku kembali kepada fasal lama. dulu masa aku sekolah menengah, aku jenis makan sikit. tapi kerap. dan bila aku masuk kolej, aku mula makan banyak. siap tambah- tambah nasi.

masa tu badan dah makin kembang. dan kembang dan kembang.

dan kini, ia kembali pada asal.

aku akui aku ego. mungkin. beberapa orang pernah nyatakan kenyataan ini pada aku. dan aku mula sikit- sikit sedar akan keegoan itu.

aku jenis yang susah hendak mintak maaf kalau buat silap. kalau sekadar kesilapan remeh, aku senang jek mintak maaf. tapi kesilapan yang besar. aku agak sukar. aku akui itu.

aku jenis malas mahu bertanya. contoh. aku terdengar member aku dengar lagu. lagu tu best. dan aku tak akan tanya member tu apa tajuk lagu tu. aku akan diam dan senyap- senyap cuba carik lagu tu. kalau aku jumpa, jumpalah. dan kalau aku tak jumpa, aku diamkan aje. walhal, hati ingin sangat tahu.

aku terlampau banyak soalan nak ask sorang kawan. tapi aku berat mulut nak tanya. so berat. walhal aku patut tanya. tapi aku berkeras tak mahu tanya.

sehingga semalam. aku ask. apa yang aku nak tahu. dia xnak jawab. tapi kemudiannya dalam kepayahan dia pelan- pelan jawab. hati meronta- ronta. berderet lagi soalan aku yang butuhkan jawapan. tapi mulut aku so berat nak tanya banyak. lagi pula aku tahu dia xsenang untuk bercerita lebih. biarlah.

korang ade facebook kan ?

adoi. aku sebetulnya tidak reti sangat macamana nak main bendalah tu. kalo setakat komen mengomen aku reti la. tapi kalo bab gift, segala macam benda tu, sumpah aku xreti. selalunya aku ignore kan saja gifr2 tu. xreti la aku.

lagi satu game farmville. sampai sekarang aku xfaham cara main. sebetulnya aku tak teringin pun nak study menda tu. sebab tu aku mcm xheran sangat game tu. tapi bila aku tengok kenkawan mcm syiok saja. aku pun tergedik2 la. las2, orang da stage ke 12 13...aku terkedek- kedek di stage 2...muahahahaha...

aku ada sedikit masalah.

apa yang patut aku buat ? mintak pendapat la kan...

mekap artis opis aku. bila dia mekapkan aku, mesti ramai member opis aku tegur...

"eh...kenapa mekap kau teruk sangat ?"

"sape mekapkan kau nie ? asal teruk ?"

"dia nie reti mekap ke idak ? suruh ....... la yang mekapkan...dia mekap lagi cantik..."

"bile2 kau mekap sendiri jek..."

aduuuu...

aku serba salah betul. aku nak cakap kat mekap artis nie, aku segan, rasa serba xkena, rasa macam bodoh, rasa takut.

aku bukan reti sangat bab solek2 nie. tapi kalau dah tiap2 hari depa asik duk komplen, aku pun naik malu. da r nak present ke seluruh dunia.

www.tvantara.com kan web punye. so, satu dunia boleh tengok. malu seyyy.

aku nantuk la puak. nak tunggu subuh nie. adu...ngantuk.

aku balas dendam. hari pertama bukak puasa dengan hati ayam. semalam. aku bukak dengan seekor ayam golek. muahahaha...

tapi tak adelah sekor aku telan sorang- sorang. aku makan tang peha pun da terkial- kial tak abeh. last- last aku bawak balik sahur. cecah sos nando's. garlic punye. wah wah wah. sungguh enak.

semalam aku kerja sorang. repoter lain sume cuti. aku berjaya siapkan 5 story. before jam 5 petang. hebat jugak aku nie. padahal !!! kah3.

siap jek story tu, aku ngan member g baazar ramadhan. aku sebenarnya ralat sebab semalam member aku nie nak sangat makan ayam percik...tapi tak ada. jadi aku nekad. aku xkira panjang mana aku beratur asalkan aku dapat beli ayam tu untuk member aku tu.

aku kesian kat dia. badan dia lemah. lagi- lagi puase. x bermaya aku tengok dia. tapi tadi aku puas hati sebab berjaya beli sekor ayam golek. tapi xbest sangat.

panjang cue aku. aku sabar jek. yang geram bila ada orang cilok2 kat depan. kite beratur bukan main. tahu la dia nak cepat nak balik bukak pose. abeh tu ? kami nie tak payah bukak pose ke ?

ade sorang budak tu. budak kolej ptpl. panas jek hati aku nie. dia oder sampai 8 ekor. yang dia punye satu jek. tapi dia TERbaik hati tulun beli kat ntah sape2 yang mintak tulun dia beli. agak- agaklah. depa sume yang cue bising- bising. mane aci macam tu.

masa tu aku nak jek sound...

"oittt...agak2 la...ingat kat orang belakang jugak..."

dahi aku dah berkerut seribu. mata aku dah cerlung tengok budak kolej tu. tapi dia boleh buat muke kering. geram jek.

tapi orang kata...bulan puase kan ??? yang anehnya aku leh tahan hati jahat aku nie dari hadiahkan sebakul sumpah seranah pada dia. tahu sabar jugak aku nie rupenye. keh3.

lepas siap jek beli sekor ayam tu, aku toleh kat member aku...

"lepas nie, sy dah xmo beli ayam golek lagi. cukup la sekali nie jek"

"lepas nie kita beli kat nando's jek. lagi sedap."

balik opis.

malam. pukul 9. papa datang. nak clearkan story.

member aku beransur pulang. tinggal aku dengan papa. aku asalnya nak balik. tapi aku so so so so so so kesian tengok dia duk opis sorang- sorang.

jadi aku amik keputusan tunggu dia clearkan stoy yang bertimbun- timbun. aku maen game. ranch rush. so enjoy la maen this game. sungguh. tak tipu.

jam 11. papa toleh kat aku...

"i nak pergi beli kopi. u nak ikut ? pergi beli s0mething untuk sahur u ?"

aku malas nak gerak ekceli. tapi aku so so so kesian...aku temankan...ki3...

naik kereta 'wish' kawan dia punye. kami g carik dunkin's donut. sume tutup. last2 kami g damansara. kat situ dunkin's donut punye kedai bukak 24 jam.

sampai sana dia paksa aku beli donut.

"u pilih yang mana satu..."

"xnak..."

"u pilih mana- mana sandwish..."

"xnak..."

"u biar betul..."

"sy xsuke roti ngan kek..."

kebetulan kedai nie bersebelahan dengan petronas.

"sy nak g beli asam jap..."

haaaa...itu dia...feveret aku...asam...bukan donut...bukan kek...

dalam kereta aku bercakap xhenti- henti. aku gelak tak henti- henti...

"sy xsuke kereta gear auto...sy suka manual..."

"kali pertama i jumpa perempuan tak suke auto..."

hahahaha...

masa aku berjalan saing papa. aku terfikir. ape persepsi orang pada aku dengan papa.

- sugar daddy ?

- kawan2

- bapak dengan anak ? (yang nie mustahil la...tengok bulu kat tgn dia pun dah tahu...hahaha...ampun papa...)

papa kata...

"semalam masa hari pertama bukak puasa...i ingat nak ajak u all datang rumah...ade kenduri sikit..."

"la...nape xajak ?"

"i igtkan u all ada special planning ke...kan hari first..."

"xade la...kalo tak, xde la sy makan hati ayam jek..."

"tu la...ingat nak kenalkan u all dengan abang i...karam singh walia..."

"la...ruginye..."

"xpe...nanti besday i...i kenalkan dekat u al.."

keh3...

lalalalala~

jangan mara ea~

oh ya...aku tahu entry nie da terlampau panjang pulak...tapi aku nak cerita jugak...aku jatuh tangga hari tu...

terduduk...senang punggung aku...5 minit aku duduk xbangun2...

sakit...tapi aku tergelak2...aku nak marah kat orang yang gelakkan aku..tapi aku pun da tergelak same...lucu pulak...siot tol...

sampai skarang sengal2 tu masih ada...hai...jangan la efek sistem peranakan aku nanti seksok...amin...

sorang kawan dalam perjalanan pulang ke shah alam. moga dia selamat sampai. amin.
aku bangun seawal 4 pagi. aku bangun saing dengan roomate aku. depa stat masak. dan aku pun stat masak. bubur. jenuh menunggu. sehinggakan depa sume da masuk tido balik, bubur aku xsiap- siap lagi. menyesal pulak letak air banyak- banyak.

bila bubur masak, aku makan satu sudu. dua sudu. tiga sudu.....20 sudu...keh3...kenyang. padahal banyak lagi bubur tu. tapi aku dah xlarat da. da nak muntah da.

masa makan terasa nak tengok movie korea. my gurl. kebetulan pasrt yang aku tengok tu part sedih. heroin dia kata

"minta maaf sebab jatuh cinta pada awak..."

tengah- tengah aku telan bubur tu, boleh pulak terlayan. mulut aku pun same2 terjebek- jebek. sebak pulak pagi- pagi buta nie. mangkuk hayyun betul.

siap makan. aku nak baca quran. tapi kat uma sewa nie aku xbawak quran. nasib baik aku ada 30 juzuk quran dalam laptop. jadi, aku pakai ear phone jek la. mane- mane aku boleh ikut, aku ikut. menyesal pulak xbawak quran.

mesti ada orang kutuk aku. eleh. bulan puase baru nak baca quran !!!

jawapan aku.

suke hati aku la. ape ko sibuk ?

hari ini g opis. 2 3 kerat jek yang keje. dan aku pergi opis awal. pukul 9 da terpacak kat opis. study news. isu ape yang boleh dibuat follow up. tibe- tibe big bos datang. terkejut beruk aku.

masa tu, sumpah. langsung aku tak ingat yang kita sedang berpuasa. aku bangun nak g buat air kat big bos. tapi tiba- tiba aku teringat. aku gelak pelan- pelan.ki3

buat kerja. buat kerja. buat kerja.

alih- alih da pukul 6 petang. kalau asyik bekerja, cepat sungguh masa berlalu. 6.30 petang barulah aku dengan member gerak g carik baazar ramadhan.

sebab dah lewat, aku hanya mampu beli hati ayam goreng. tu jek yang berjaya bukak nafsu makan aku masa tu.

fedup dengan kehabisan lauk- lauk kat baazar tu, kami pun buat keputusan makan kat kedai jek.

sebab kami datang lewat. jadi makanan kami pun lambat siap. terpakselah aku telan hati ayam tu tanpa seteguk air pun.

sayu gile. bukak pose hari pertama dengan hati...

aku makan hati....

ki3...padahal hati ayam...

kalo abah aku tahu tu, mau sedih dia kat kampung nun...ape la ma ngan abah ngan adik lia makan ? hu3...

aku nak balik kampung. 2 hari pun jadi la. nak bukak pose same- same famili terchenta...

skarang sorang kawan aku dalam perjalanan ke satu destinasi. semoga dia selamat sampai. semoga dipermudahkan segala kerjanya. amin.

sorang kawan call.ajak aku bukak pose same- same nanti. orait beb. see you.

Bil
NEGERI
ZON
1
MELAKA
Melaka

JOHOR

ZON 1- Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil
ZON 2- Daerah Johor Bahru,Kota Tinggi,Mersing Dan Pulau Berdekatan
ZON 3-Daerah Pontian Dan Kluang
ZON 4-Batu Pahat,Muar,Segamat Dan Gemas Johor
3
PERAK
ZON 1- Daerah Hulu PERAK, Daerah Kuala Kangsar, Daerah Kinta Dan Daerah Batang Padang[Pengkalan Hulu (Keroh), Gerik, Lenggong, Kuala Kangsar, Sg.Siput, Ipoh,Batu Gajah, Kampar, Tapah, Slim River Dan Tanjung Malim
ZON 2-DAERAH KERIAN, DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA, DAERAH PERAK TENGAH, DAERAH MANJUNG DAN DAERAH HILIR PERAK.Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Selama, Parit, Kg.Gajah,Beruas, Lumut, Sitiawan, Pulau Pangkor,Teluk Intan DanBagan Datoh]
ZON 3-BUKIT LARUT(TANAH TINGGI)
4
SARAWAK
ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
5
SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS,KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
6
TERENGGANU
ZON 1-KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2-BESUT DAN SETIU
ZON 3-HULU TERENGGANU
ZON 4-KEMAMAN DAN DUNGUN
7
KELANTAN
ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
8
SELANGOR
ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
9
PAHANG
ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR

PUTRAJAYA

11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13
NEGERI SEMBILAN
ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2-: SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU
14
KEDAH
ZON 1-DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU, PENDANG, YAN DAN KUALA MUDA
ZON 2-PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 3-DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 4-DAERAH LANGKAWI
ZON 5-PUNCAK GUNUNG JERAI
15
PULAU PINANG
Pulau Pinang

Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers