Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me



soalan : apa perlunya nak duduk dirumah sendiri ?

jawapan : privasi. fullstop !






yup...masih terlalu awal untuk aku menghadapi masalah atau dilema tinggal sebumbung dengan mentua...

mentua aku adalah sporting dan aku tidak bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan mereka...syukur Alhamdullillah...

dan ikut pada kewangan aku kini...agak mustahil untuk aku dan suami keluar menyewa rumah di kawasan shah alam...yakni kawasan pejabat aku dan suami...

tapi jika dikurangkan sana sini...InsyaAllah mampu... :) cuma nak ke tak nak je...

untuk jangka masa terdekat ini...ia adalah mustahil sebab aku terpaksa fikir mengenai baby yang ku kandung kini...

mungkin lepas bersalin, aku akan betul2 berusaha untuk mengintai peluang aku...untuk mempunyai rumah kediaman sendiri...Amin

persoalannya...perlukah aku untuk duduk atau memiliki rumah sendiri ?

*senyum*

aku ini manusia. dan aku ada perasaan. citarasa. keinginan. keperluan. kerungsigan. kebersendirian untuk duduk dirumah sendiri.

kalau diikutkan alasan tidak mampu...memang aku tidak akan mampu selama- lamanya...jadi untuk masa depan keluarga yang sedang aku bina, aku harus berikhtiar...aku juga kena yakinkan suamiku...betapa kami perlu untuk berdikit- dikit belajar berdikari...walau sesusah mana hidup kami nanti...

kini...bilik tidur akulah dunia aku...bebas buka tudung, pakai seksi2, tidur petang sampai malam...dan jika nak keluar bilik, aku terpaksa tukar pakaian...yang menutup aurat...sebab adik ipar aku lelaki...jadinya, memang terbataslah pergerakanku...

aku suka masak. tapi aku tak terrer masak. aku selalu teringin nak masak macam2. cuba resipi yang pelbagai. sebab dulu, masa aku duduk dengan ma dan abah kat kampung, aku masih tidak berkerja dan tidak ada duit ntuk beli semua bahan- bahan masak...jadi aku tidak berpeluang untuk memahirkan diri aku untuk masak.

jadinye...bile berada dirumah mentua. pergerakan aku terbatas. aku segan. sebab nie bukan dapur aku. memang mereka tak kisah. tapi aku tak yakin. jawabnye...aku duduk diam- diam kat rumah tu. :)

kisah suka duka. makan hati berulam jantung...bagi aku tu kisah biase. dimana- mana pun kita duduk, perkara macam nie akan tetap dan sentiasa akan berlaku. cuma macam mana kita nak mengatasinya dan bagaimna nak menanganinya.

tapi. banyak manapun kita bersabar...bagi aku pihak suami pun harus 'take note'. jangan main lepas tangan je. dan anggap itu perkara kecil yang langsung tidak perlu dilayan.

itu satu kesilapan !

perkara kecil inilah yang akan membarah dan merosakkan sesuatu hubungan...

aku membuat sedikit survey. melihat buah pandangan pelayar internet bersabit apakah keperluan untuk keluar dari rumah mentua...

dan hasilnya. ada yang positif dan ada yang negetif.

'survey' aku ini menguatkan semangatku untuk aku pindah keluar dari rumah mentua.

even...kalau aku pindah balik kampung halaman aku, aku sendiri tidak akan duduk lama di rumah ma abah aku...aku akan ajak suamiku pindah dan duduk dirumah sendiri...sebab apa ?

privasi aku dan suamiku...aku tidak mahu ma dan abah sampai lihat keburukan suamiku lantas tidak senang dengan menantunya ini... :) seboleh- bolehnya aku mahu tutup aib itu :)

masalahnye sekarang. rumah di area shah alam...mahal macam bedil...

paling murah pun dah 100 ribu and above...dengan segala hutang study + hutang kereta yang aku tanggung...arghhh

cemburu tengok kawan- kawan aku bina keluarga sendiri...tanpa perlu duduk dirumah mentua...semoga murah rezekiku untuk duduk dirumah sendiri...amin...














seronok tengok member- member yang merancang perkahwinan mereka sendiri...

dan lagi seronok bile merancang perkahwinan bila duit berkepuk- kepuk ditangan...

semua impian- impian ala- ala fairytales gitu boleh diterjemahkan...tanpa halangan...

aku pun sangat dan TERsangat teringin nak plan sendiri perkahwinan aku...

tapi...keputusan untuk berkahwin agak tergesa- gesa dan kami kesuntukkan masa untuk mengumpul dana yang selayaknya...

mungkin rezeki aku takat tu je...

bile aku ikuti debaran kawan- kawan yang mahu berkhawin...kadang- kadang terselit rasa cemburu...sebab mereka mampu gapai impian perkahwinan mereka...

dulu...aku selalu berangan- angan...mahu buat macam0 macam time aku kawin...

nak design baju sendiri. nak buat hantaran lain dari yang lain. pelamin nak buat sendiri. nak itu. nak ini.

tapi itu perancangan aku. kesudahannya...majlis aku berlangsung sesimple mungkin...tapi aku gembira...

sebab semuanya berjalan dengan baik tanpa cacat cela yang besar...

[kekurangan kecil disana- sini itu perkara biasa... :) ]

sekrang, bila aku terkenang impian aku yang tidak kesampaian itu, aku positifkan diri dengan berkata...

"satu hari nanti....aku akan buka butik andaman..."

masa tu aku akan termejahkan segala idea aku untuk kepuasan aku...yang tidak kesampaian...amin...

dan aku percaya dengan gandingan aku dan suamiku...kami akan berjaya laksanakan butik andaman impian aku itu... :)

mudah- mudahan...amin...

Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers