Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me

sudikah kau menjadi suamiku ?



By  zeanaaima     9:16 AM     
aku sering tertanya- tanya...bagaimanakah perasaan dan tingkah laku seorang lelaki jika dia benar- benar bersedia menjadi seorang suami...

adakah dia perlahan- lahan akan meninggalkan dunia bujangnya...atau secara drastik...atau dia langsung tidak mahu meninggalkan dunia bujangnya a.k.a dunia bebas tanpa sempadannya...

adakah kelakuan dia sama seperti seorang perempuan yang meninggalkan segala dunia remajanya setelah dia berkeputusan untuk menjadi seorang isteri ?

betullah orang kata perkahwinan itu adalah perjudian. untung nasib pasangan itu belum tentu lagi. kekal ke akhir hayat ? atau tidak ?

orang yang makan garam dulu selalu berkata...dalam rumahtangga mesti ada banyak toleransi. faham memahami. hormat menghormati dan mengelakkan sebarang unsur- unsur yang boleh membahayakan rumahtangga.

semestinya, berkata- kata itu senang. untuk beramal...ia bukan sesuatu yang senang.

secara logiknya, setiap pasangan harus saling beramal kepada pasangan mereka.

contoh...

jika si suami sedaya upaya cuba memahami si isteri...isteri pun patut berbuat perkara yang sama...

jika si isteri berusaha mengelakkan dari melakukan apa yang si suami tidak suka...si suami juga perlu membuat perkara yang sama...

jika semuanya saling dibuat suami dan isteri...mudah- mudah tiada diantara mereka yang mula berasa bosan dengan hubungan mereka.

banyak perkara yang tidak perlu dilakukan dalam mengekalkan keharmonian rumahtangga.

contoh...

- dengan sengaja berhubung kembali dan mengimbau kenangan lama dengan bekas kekasih lama [kononnya mengeratkan hubungan silaturrahim]

- dengan sengaja menggunakan media untuk merangsang kembali rasa cinta yang pernah tumbuh...contoh...sengaja meninggalkan komen dipage facebook rakan yang berkait dengan bekas kekasih lama...[tindakan ini TERsangat obvius OKEY ?]

- dengan sengaja sembunyi- sembunyi bermesra dengan perempuan lain WALAUpun dengan niat suka- suka...[kelak ia makan diri]

well..orang kata...buat baik akan dibalas dengan baik. begitulah sebaliknya.

teringat kata- kata seorang kawan 'tuhan itu maha adil'...jika kita ikhlas...Allah akan tunjuk...

semoga Allah mengikat hati- hati pasangan suami isteri diseluruh dunia ini.

dalam sesuatu perhubungan...adalah menjadi kesilapan untuk pasangan itu MENGHARAPkan pasangannya akan mengikut imaginasinya..

sebab dalam imaginasi kita semuanya indah belaka. tanpa cacat cela. bila kita berada dalam alam realiti sesuatu perhubungan, kita akan kesal apabila si dia tidak seperti apa yang kita harapkan...jadi kita kena belajar untuk menerima segalanya...mudah mudahan...

seorang berpangkat ayah pernah berpesan...

"Jangan sesekali mengunkit kisah lalu pasangan masing- masing"

iya. betul. setuju one hundred percent !

tapi. sejauh mana kisah lalu itu berjaya ditepis setiap kali ia datang ? *senyum*

kisah itu kalau boleh di'delet' dari kenangan bukan satu pihak sahaja..bahkan dua- dua belah pihak..alangkah bagusnya...

tapi apakan daya ? hanya mampu lipat dan tutup semula setiap kali ia terselak.

------------------------------

Oh sepi terasa
Setelah cinta pudar di hati
Tak mungkin dapat ku melupakan
Kerana dialah kekasihku

Dan di saat ini
Ku masih terus menyintaimu
Melupaimu tak mungkin ku mampu
Terdengar suaramu memanggilku

Dahulu kita sungguh mesranya
Bergurau senda saling menyayang
Kita berjanji bersumpah setia
Hingga ke akhir hayat ingin bersama

Kita merancang, Tuhan menentukan
Tiba masanya, kau pergi... tak kembali

Tinggal aku keseorangan
Tiada lagi gurau sendamu
Siang malam sepi kurasa
Aku rindu kemesraanmu

Ku terkilan hajat tak sampai
Kasih putus di tengah jalan
Tinggal aku keseorangan
Tiada lagi gurau sendamu


------------------------------------

patutkah bait- bait seperti ini ditujukan kepada kenangan lama ? untuk apa ?

renung- renungkan...selamat beramal...

About zeanaaima

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Maecenas euismod diam at commodo sagittis. Nam id molestie velit. Nunc id nisl tristique, dapibus tellus quis, dictum metus. Pellentesque id imperdiet est.

No comments:


Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers