Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me

jiwa kebinatangan...



By  zeanaaima     12:32 PM     
kawan aku...mariam ahim...orang sarawak pernah berkata pada aku...


"kau nie berjiwa kebinatangan !"


dia kata aku lebih mengasihi binatang daripada aku mengasihi manusia.

dia kata aku lebih simpati kepada binatang daripada aku simpati pada manusia. [rindu pada yam..teman sebilikku suatu ketika dahulu *singh*]

dan aku akui...

daya simpati dan imaginasi aku terlebih kepada binatang...terutama kepada spesis yang lemah...

dulu..

aku pernah biarkan tujuh ekor nyamuk sedut darah aku sehingga mereka kenyang... [sebab kesian kat mereka susah nak cari makan...]

bila aku terlihat anak kucing kena buang...aku akan bawa anak kucing tu balik dan suruh datuk dan nenek aku jaga... [dan sehingga kini kucing tu masih hidup]

bila ada kucing dibuang dikawasan rumah aku, aku akan bagi dia makan sehingga ma aku bising- bising...sebab sudah berekor- ekor kucing di rumah...[untill now]

ada seekor semut terkapai- kapai lemas, aku akan selamatkan semut itu...[aku terbayang- bayang dia minta tolong sebab lemas...huhuhu]

benda yang paling pantang yang aku tidak boleh terima adalah...kucing yang dianiaya...dilanggar, disepak, dibuang dan sebagainya.

jika aku berjalan, naik motor or naik kereta...aku secara tiba- tiba terpandang seekor kucing yang kudung..terenjut- enjut jalan...aku akan ingat kucing tu sampai aku balik rumah...

pernah satu ketika, aku sedang pandu kereta. tiba- tiba seekor anjing melintas...dan anjing tu tidak ada kaki kiri...tidak semena- mena aku menangis dalam kereta...aku terbayang...bagaimana mereka ini akan meneruskan sisa hidup ? tanpa boleh bercakap. tanpa boleh minta tolong.

aku pernah cakap dekat seorang sahabat...zaidani deraman...

"kalau saya kaya, saya nak bina satu kandang...bela kucing- kucing yang terbuang...bagi makan cukup..bagi tempat tinggal...bagi mainan..."

*senyum*

semalam aku secara tidak sengaja mengejutkan tidur suamiku.`aku menangis teresak- esak.

sebab. pukul empat pagi aku bangun untuk bersahur. tiba- tiba aku terkejut melihat seekor anak tikus terkial- kial menyabung nyawa. dia terkena perangkap gam bapa mentua aku.

dua ekor kawan tikus yang mungkin dapat membantu bertempiaran lari. meninggalkan dia.

aku tengok mata dia. dia seolah- olah tengok aku. tatkala tu juga aku menangis. takkan aku nak bersunguh- sungguh makan dikala anak tikus tu sedang minta simpati aku.

aku terus masuk bilik. dan aku menagis teresak- esak. suamiku terjaga dan terus peluk aku. kesian dia terkejut. dia tanya...

"kenapa ibu ?"

"ada anak tikus terkena gam abah..."

dia keluar dan bawak tikus tu keluar rumah. dia cium dahi aku...

"jom saya temankan awak sahur..."

akhirnya aku bersahur ditemani sang suami jam lima pagi...

thanks sayang...kerana memahami...

About zeanaaima

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Maecenas euismod diam at commodo sagittis. Nam id molestie velit. Nunc id nisl tristique, dapibus tellus quis, dictum metus. Pellentesque id imperdiet est.

No comments:


Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers