Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me

aku gagap ~



By  zeanaaima     2:26 AM     
alkisah.

aku telah melalui peristiwa yang bongok pagi tadi. sakit hati jek. tapi aku nak tergelak- gelak je.

sebaik saja aku sampai kat opis pagi nie, member ajak pergi makan. aku pun ikut la.

nak dijadikan cerita, pagi nie aku ada 'mockrun'. mocrun nie maknenye latihan sebelum rakaman secara live.

sikit masa lagi aku kena baca berita secara langsung. so, aku kena perbiasakan diri dengan bacaan yang lancar dan kena kurangkan kesilapan semasa membaca.

berbalik pada cerita tadi.

sampai jek kat kedai makan, aku ngan member aku oder la. tapi aku rasa tak sedap hati. rasa xbest. sebab masa dah suntuk. jam dah pukul 10.30 pagi.

mockrun pukul 11 pagi. aku hammek keputusan, aku kena balik dulu. aku kena balik. disebabkan tadi aku tumpang kereta member, jadi aku pinjam kereta member dan balik opis. cadangnya nanti aku suruh la sape- sape kat opis tu mai amek depa nie.

aku pun pecut selaju aku mampu. dah nak sampai sangat- sangat dah.

sekali kau. aku termasuk lebuh raya menghala ke KL. haduiiiiiii.....

aku dah gelabah da. kereta berderet...celah mane aku nk u-turn ? aku dah la buta kayu bab jalan nie...

aku call producer aku.

"cik ishak, saya ada masalah nie..."

"kenapa ?"

"saya tersalah jalan...dah masuk tol sume dah...nanti saya carik jalan nak pusing balik..."

"hahahahahaha...." (dia gelakkan aku...)

"masalahnya kan mockrun pukul 11 nanti ?"

"ok xpe...kita stat lewat sikit..."

kus smangat....aku rasa nak naik gile...alhamdullillah sangat- sangat sebab aku jumpa jalan yang pernah aku lalu.... nasib baik...

aku sampai shah alam.

aku call sorang member. minta tolong dia ambilkan member yang aku tinggal kat kedai makan tu..tapi dia tak tahu jalan pulak.

nak tak nak aku terpaksa patah balik pergi kedai tu. ambik member tu.

"eh...kau xmockrun ke? asal ko yang datang amek ?"

"aku sesat weh. salah masuk jalan. skali kau aku terus jumpa tol.."

berdekah- dekah depa gelakkan aku.

bayangkan !

aku tinggalkan member aku untuk aku sesat kat lebuhraya tu and then aku last2 aku jugak yang kena patah balik ambil mereka ?

macam bongok kan ? sia2 jek...xpasal2 pagi2 bute aku g round lebuh raya tu...kah3...tu la...orang nak pakai kereta, aku nak pakai kereta...kan padan muke aku ?

sampai opis. aku terus berlari. panjat tingkat tiga. terus masuk bilik mekap. mekap cepat2. and then aku bersedia untuk memulakan latihan membaca berita secara live.

zup zap zup zap...dah siap...

noktah.

petang nie aku baca news. aku tergagap. ha3. nampaknye banyak lagi aku kena pertingkatkan nie...korang nk tgk ? hahahahahaha...layari sesawang www.tvselangor.com.

nanti terpacak la muke aku yang tergagap di depan pc korang sume...ahahah...budus !

tadi masa aku duduk2 kat kerusi, ade orang tarik kerusi aku dan kata...

"sombong !!!"

aku toleh sipi jek...aku berkata dengan perlahan...

"sape yang sombong ?"

lalalalala~



About zeanaaima

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Maecenas euismod diam at commodo sagittis. Nam id molestie velit. Nunc id nisl tristique, dapibus tellus quis, dictum metus. Pellentesque id imperdiet est.

No comments:


Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers