Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me

sampai waktu dan ketikanya nanti...



By  zeanaaima     7:36 PM     
jika kita sudah tidak gemar akan sesuatu.

kita akan cipta 1001 alasan.

sedapkan hati.

kononnya.

contoh 1:

kita beli barang. susah payah kumpul duit. bergolok gadai. hadapi tentangan sahabat dan famili. mereka tidak bersetuju kita membeli barang itu. tapi tetap berdegil. tapi sekejap sahaja pakai barang baru itu, tiba- tiba kita dapati barang itu membosankan. dan kita mula mencipta alasan untuk menukar atau membeli barang baru yang lebih baik dari barang itu.

contoh 2:

kita kapel. tak kisah la usia per'kapel'an tu dah berusia bertahun tahun atau hanya sempat sebulan saja. tapi bila si dia beralih arah. ada satu alasan yang cukup power. tip top. tak ada jodoh. yeah. it's da best reason. yang mampu buat kita terdiam.noktah.

contoh 3:

kerja. kerana hanya satu masalah, kita sanggup korbankan kerjaya kita.(aku baru abeh baca sebuah novel, heroin ye benti kerja hanya kerana krisis yang melanda. buku ni mmg best). padahal kerjaya kita itu sudah cocok dengan diri kita. tapi bila dipersoalkan, kita dengan yakinnya berkata "nak buat macamana, dah bukan rezeki kita." persoalannya, macamana kita tahu ia bukan rezeki kita yang hakiki ?

conoth 4:

kita naik kereta laju. maaf cakap la. kita seolah- olah pemandu yang tak berhemah. alih2 kita terlibat dengan satu kemalangan dan sehingga meragut nyawa insan yang tidak bersalah. dan kita hanya mampu beralasan "benda nak jadi..."

huh!!!

alasan.

alasan mampu mematikan segala persolan yang bertubi- tubi yang perlukan penjelasan.

alasan.

buat kita mati kutu.

alasan.

tutup ruang untuk segalanya.

dan setiap manusia punya alasan. terpulang pada kita untuk beralasan bagi sesuatu yang baik atau sekadar menutup rasa bersalah dalam dada.

dan setiap manusia tidak terlepas dari beralasan.

termasuk aku.

why entry aku bertajuk 'alasan' ?

sebab sekarang aku sungguh menyampah dengan alasa- alasan yang sedang berlegar- legar di sekeliling aku. aku tepu dalam segala tindakan. sehingga kadang- kadang aku berasa ingin bertindak di luar batasan !!!

opsss...yang pasti BUKAN bunuh diri yea !!!

tatkala ini, sorang kawan sedang dalam perjalanan ke utara. pergi dengan misi. bertarung selamatkan orang yang dicintainya dari terkena buatan orang.

sesungguhnya aku terkesan dengan cinta yang dipamerkannya. membuat aku tertanya- tanya, adakah ada ruang untuk aku merasa aura cinta sedemikian rupa ?

saat ini banyak yang sedang aku fikir.

berserabut kepala aku. persoalan datang bertalu- talu. bagai lagsung tak mahu bagi aku peluang menarik nafas dengan keadaan yang selesa. tidur nyenyak tanpa terjaga.

sebetulnya aku cuti 2 hari. tapi aku letih. sebab otak aku tak mahu berhenti rehat. diasak- asak.sehingga aku letih.letih dalam erti kata yang tak mampu aku ungkapkan.betapa.senak.

aku bertuah. kakak ngan adik aku ada disisi. kesian pulak kat depa. terpaksa mendengar rasukan rintihan aku.huhuhuhu.insyaAllah. menda ini akan berakhir. sikit masa lagi.

aku ada misi.

misi ini telah aku khabarkan pada kakg. dan kak terkejut. dia kata serahkan padanya. dia akan uruskan. so right now, aku secara rasminya menyerahkan misi aku padanya. harapnya betul langkah ini.amin.

huhu...

maaf kalian. semakin lama aku rasa tulisan aku makin merapu.

aku rasa bersalah kerana membiarkan warna warni di blog aku pudar.

besar sekali keinginan aku menamatkan riwayat blog ini.

tapi.

blog aku ini, walau buruk pun penghubung aku pada seseorang.

tengoklah.

bila sampai waktu dan ketikanya...

akan aku ucap selamat tinggal...

pada semuanya...

semuanya.

hua hua hua hua...

murah sungguh air mata ini...

About zeanaaima

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Maecenas euismod diam at commodo sagittis. Nam id molestie velit. Nunc id nisl tristique, dapibus tellus quis, dictum metus. Pellentesque id imperdiet est.

2 comments:

Lina said...

mcm besar sgt keputusan yg akan dibuat... klu dah confirm jg lupe kongsi dgn kak lina ye tp jgnlah smpi nak tutup blog ni

jebatsari said...

jgn tutup bloh yaaa... bebanyak sabar. teguhkan hati, tabahkan perasaan, kukuhkan iman.


Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers