Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me

letih...



By  zeanaaima     7:55 AM     
puasa sudah.

hati tak tahu bergema irama apa. gembirakah ? dukacitakah ? hanya Tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa tatkala ini. rasa menjerut dalam dada sungguh kelam kabut rasanya...disaat aku ketawa berdekah- dekah, tidak siapa tahu jiwa aku sedang meribut. ribu yang kadang- kadang reda. kadang mengganas. dan kadang aku tumbang kerana tak mampu melawan ribut itu. bila aku tak mampu, hujan akan turun selebatnya. selebatnya. sungguh lebat.

sebagai manusia, sebagai ummat islam, aku memang mengalu- alukan kehadiran bulan penuh berkat ini. bulan ini akan aku cuba manafaatkannya sepenuhnya. aku tahu, aku adalah antara jutaan ummat islam yang baru terhegeh- hegeh membuat amal jariah, mengumpul segala pahala yang sedaya mampu. sebetulnya aku malu dengan diri aku. malu dengan tuhan. aku bukan insan yang baik.hu3

aku rasa ingin menangis saat ini.

aku rasa mahu meraung. aku benci dengan diri ini. aku benci dengan diri aku yang lemah ini. aku benci dengan diri aku yang masih membiarkan seketul hati ini terus menerus sakit. aku bertanggungjawab terhadap segala derita yang sedang aku tanggung kini. aku bersalah pada diri aku. salah aku.

tiba- tiba kecewa dengan diri sendiri.

aku mahu pasa sama ma ngan abah...dengan ayu...dengan eka...dengan adik...dengan kak g...juga a.long...aku rindu keluarga aku...sungguh xtertanggung rindu ini...terbayang- bayang riuh rendah famili aku menyambut bulan puasa...satu yang unik tentang keluarga aku, kami sangat menyambu tbulan puasa...dan ami tidak terlalu gila menyambut hari raya...alhamdullillah...

sebut pasal hari raya.

aku akan ingat hari raya tahun 2009. sampai bila2. raya ini bagi aku raya yang paling derita buat aku. aku tak tahu apa dan bagaimana akan aku hadapi hari itu. apakah aku mampu ? begini sukarkah takdir aku ?

jangan sesekali berhujah mengenai takdir dengan aku. kau tahu apa tu takdir ?

bila agaknya relung hati dalam diri ini bakal berakhir ? tiba- tiba aku terasa nak menyanyi...

Ku cuba redakan relung hati,
Bayangmu yang berlalu pergi,
Terlukis di dalam kenangan,
Bebas bermain di hatiku..

Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku..

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku..

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhh....Aku cinta oooo…

aku tahu...

ada saja yang mempertikaikan apa yang tersurat di ruangan ini.

sungguh. kadang- kadang aku tak mampu. menjaga semua hati. aku punya rasa. rasa derita. dan aku hanya mampu menulis. buangkan segala lara yang ada dalam hati. tapi kalau ini pun aku terpaksa bertapis- tapis...apa guna aku menulis...

menulis untuk simpanan sendiri...sikit masa lagi akan aku belajar...menulis untuk simpanan sendiri...

aku sudah letih. letih.

aku tak mahu rasa duka ini lagi.

YaAllah...aku xmahu...

permudahkan segala jalan aku...

amin...

About zeanaaima

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Maecenas euismod diam at commodo sagittis. Nam id molestie velit. Nunc id nisl tristique, dapibus tellus quis, dictum metus. Pellentesque id imperdiet est.

1 comment:

Anonymous said...

apa yang susah sangat, ambil cuti dan balik kampung...awak pun dah confirm vcuti tahun pun dah ada


Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers