Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me

28 Mei 2009...Sah !!! Seperti Dulu... :)



By  zeanaaima     2:17 AM     
kakak aku kata....

"kalau kita ada dugaan sehingga kita rasa kita betul2 cedera melalui dugaan itu..."

berhenti. telan air liur.

"minta doa...Ya Allah...berilah aku pahala untuk setiap detik aku bertarung menghadapi dugaan-Mu ini..."

merembes.

bukan air mata.

tapi air yang sekeping hati hasilkan.

tapi...

air itu dialirkan melalui mata.

mmmm...memang aku bangang...air tulah dinamakan...

air mata...

"kak g...minta maaf..."

"sejak2 akhir nie aku selalu mengadu kat mu"

"emma...kita kan adik beradik...dari dulukan kita memang macam nie...aku ada masalah mu tolong aku...sekarang aku lak tolong mu...kita kan adik beradik..."

mengongoi...macam budak2...hati aku basah...

nasib baik masa nie aku kat opis. kat bilik meeting. kalau tak, aku tak tahu berapa kuat voleume tangisan aku...

tiba2 teringat yang dalam masa sebulan lagi dia akan jadi milik orang...huaaaaaaaa...bergema dalam hati...

"kak g...aku sayang kauuuuuuuuuuuu...."

dilema seorang adik yang bakal kehilangan satu- satunya kakak dia....

satu. satu. satu.

hilang.

pergi.

alahai.

terasa rindu ma abah kat kampung.

tekan punat2.

beberapa detik, dengar suara ma.

tak tercakap. diam.

"kenapa nie ?"

"ma doakan emma. kuatkan hati emma hadapi segala ujian dan cabaran.."

"kenapa nie ?"

"tak ada apa2 ma. cuma rasa xbersemangat skrg."

"cerita kat ma.."

sekali lagi.

mengongoi.

satu2 aku khabarkan ma. semua.

abah ambil telefon. cuba pujuk tangisan aku.

"sejak dari kecil, emma anak abah yang paling kental jiwa. dugaan emma sentiasa lebih dari adik2 yang lain. abah tahu emma mampu tabahkan hati."

aku tarik hingus.

"abah ngan ma sentiasa doakan anak- anak ma abah...abah ngan ma bangga dengan anak2 ma ngan abah..."

huaaaaaaaaaaa...

nak balik kampung.

sob sob sob.

surat aku pada alam....

kepada alam. izinkan aku bermuram durja sejenak. izinkan aku berbasah hati seketika. izinkan aku melayan rasa. 

sekejap saja. 

agar hari2 esok aku bisa melangkah dengan senyum.

agar hari2 esok aku lebih bertabah.

agar hari2 esok aku jd lebih dewasa.

amin...ya rabbalalamin...

noktah.

tukar mood sikit. mood happy go lucky tw !!!

seorang sahabat akan bertunang hujung tahun ini. dengan insan yang amat dia tunggu sejak beberpa tahun dulu. bertapa jodoh mereka kuat. kini bertaut kembali. drastik mereka rencanakan pertunangan.

doa aku...

moga kamu bahagia.

hu3..

cow !!!
 

  

About zeanaaima

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Maecenas euismod diam at commodo sagittis. Nam id molestie velit. Nunc id nisl tristique, dapibus tellus quis, dictum metus. Pellentesque id imperdiet est.

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa menangisi benda yg tak pasti, kenapa bermuram durja kerana harapkan sesorang, ingatlah Allah menyatukan hati umatnya untuk mendekatkan diri kepada yang Esa, ada sebab Allah tidak pasangkan kita dengan seseorang yg pada pandangan kita cantik, sebaliknya adakah kita tahu?? Sesungguhnya Allah telah letakkan orang yang lebih baik berbanding orang sebelum itu...

zeanaaima said...

:)

bertutur bicara sesenang rasa...

bertabah hati...peritnya rasa...

bersabar diri...alahai...

selagi bernama insan...kecewa makanan asasi...

alahai...kalaulah...


Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers