Welcome to My Blog!

#sekadarblogpicisan
Follow Me

task baru...



By  zeanaaima     8:58 AM     
bukak mata. alamak !!! pukul 10.30 !!!

sungguh- sungguh aku melompat dari katil. haaaaa...aku dah lewat !!! zap zup zap zup...dah siap untuk ke pejabat.

aduh.

selalunya aku jalan kaki saja nak ke opis. tapi hari ini tidak. aku terpaksa call teksi.

teksi ???

ya. dulu aku berkerja di tvantara.com...dan sementara waktu ini aku berkerja di tvselagor.com. jadi opis dah jauh. xmacam dulu.hu3...

dan aku memang mempunyai masalah untuk bangun tidur!!! papa pun tahu itu...ape nak jadi la dengan aku nie...anak dara ape la aku nie...sebab tu xde yang berkenan dengan aku nie...buruk perangai...

dan hari ini merupakan hari pertama aku berkerja di tvselangor.com.

perasaan sungguh berbeza. aku rasa sungguh kekok dan aku rasa sungguh tidak selesa. sejujurnya aku tidak suka susun atur dalm opis nie. nampak crowded. xtersusun.

karpet pulak warna biru. so malap. langsung xbagi motivasi pada aku. menjadikan bila masuk tu aku rasa macam mengantuk dan xmesra alam la...

pendapat aku saja.

kat tvantara karpet warna merun. sungguh naik seri. bila masuk opis. wahhh...merah... bersemangat jek...

sekarang aku tengah deal dengan cik malik. tengah memujuk sebenarnya.

"cik malik...saya nak opis baru karpet warna merah, macam opis tvantara."

"saya nak warna hijau."

"ape ? alaaaa...warna merah la..."

"kan tvantara dah warna merah...saya nak letak hijau pulak..."

"alaaaa...merah la...warna merah nie bagi semangat nak kerjataw cik malik..."

"tengok la dulu mcm mane..."

hope cik malik amek warna merah. hu3...peranan warna nie penting ekceli...kan ?

hari ini banyak meeting. dan hari ini aku dipanggil untuk buat bereskan satu task. buat promo untuk tvselangor.

aku rasa macam kena buat esemen masa study dulu. masa aku kat kolej dulu, benda2 nie r yang kami belajar. kami diajar cara2 mcp. wat drma. iklan. psa. editing. scrpting. buat news. read news.

tengok. sume yang aku belajar aku boleh implement lam keje aku. sesungguhnya miim adalah yang terbaik. mengajar kami untuk servive kat dunia pekerjaan yang sebenar.

dan aku tak sangka aku akan berpeluang untuk menggunakan apa yang aku belajar dalam pekerjaan aku. aku ingat aku tiada kelayakan untuk hidup dalam dunia beroadcasting yang sebenar.

okey. task yang pertama ini akan aku buat sehabis baik. akan aku cuba kurangkan kesalahan dan kecacatan dalam program terbitan aku ini.

ya Allah, mudahkan kerjaan aku ni...amin...

tapi hari ini tetap ade perkara bodoh yang menyakitkan hati. membuat hati aku berteriak kuat...

"bila aku akan berammmmmmbus dari opis nie...aku tak nak duduk sini..."

aku nak cepat2 ke pejabat aku yang sebenar. aku benci duduk disini. aku mahu melupakan.

nway...aku gembira dengan task baru ini...tapi aku tetap rindu untuk baca berita...aku jumpa papa...

"cik jas...boleh tak saya nak baca berita...sekali sekala jek ? sekali seminggu pun jadilah...jadi pembaca berita jemputan..."

"kenapa ? u xboleh tinggalkan dunia glamour u ?" hahahaha....ade ke ? mane ade glame bace berite tv internet ????

"bole2...u bole baca..."

hik3...yey !!! sayang papa...

About zeanaaima

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Maecenas euismod diam at commodo sagittis. Nam id molestie velit. Nunc id nisl tristique, dapibus tellus quis, dictum metus. Pellentesque id imperdiet est.

No comments:


Contact Form

Name

Email *

Message *

Translate

Tanda Cinta...

Lilypie Pregnancy tickers