kawan aku.
kami kenal pada hari pertama semasa masuk sekolah menengah agama ittifakiah jerteh besut terengganu. keh3.
terdetik kat hulu hati aku. aku nak berlipurlara tentang kawan aku yang sorang ni.
persahabatan kami ada turun naik. sehingga satu tahap hubungan kami langsung terputus.
putus. macam tak ada peluang langsung untuk diperbaiki. agaknya sebab hubungan kami terlampau baik. sehinggakan bila kami mengalami krisis, susah untuk kami 'refresh' kembali hubungan kami.
biasalah. remaja. baru nak mula kenal dunia.
sehinggalah dia pindah sekolah masa tingkatan 4.
nak dijadikan cerita...kami 'terserempak' kembali apabila bersekolah dibawah satu bumbung semasa di tingkatan 6.
yup !!! aku masuk tingkatan 6.
mulanya aku kaku untuk tegur ani. malu wey !!!
lepas tu ditakdirkan kami dipilih menjadi peserta pantun. sekadar info untuk kowang, lazimnya, sesiapa saja yang masuk team pantun ini, mereka agak popular sebab, sekolah ini sudah pun mencatat nama sebagai pemenang pesta pantun sirih pulang kegagang peringkat kebangsaan.
tak kecut pulak perut aku bila dapat tahu sejarah yang membanggakan ini. dan tatkala itu, team kami ditugaskan untuk menyambung kesinambungan kecemerlangan pemantun- pemantun terdahulu.
sepanjang kami berlatih, aku mulai rapat kembali dengan ani. sikit demi sikit kami eratkan kembali hubungan kami.
dan alhamdullillah...usaha gigih kamu membuahkan hasil. kami juga berjaya menjejakkan kami kami dipersada kebangsaan...kami berjaya mewakili negeri kami...negeri terengganu darul iman ke pesta pantun sirih pulang kegagang tahun 2004.
malanga kami kecundang disuku akhir. sangat sedih. hanya kerana masalah dalam yang tidak sepatutnya berlaku, ia menjejaskan persembahan kami. kami terpaksa mengaku kalah.
bukan aku nak berbangga lebih...tema pantun aku sangat berpotensi...hadui...sebal pulak kalau ingat balik...
berbalik kepada cerita zaidani.
kami kembali terpisah. masing- masing lanjut pelajaran.
bila abih belajar, kami kembali aktif berhubung. telefon. msg.
dan sehinggalah aku menghadapi satu keadaan yang sangat sukar untuk aku lalui, dia ada bersama aku...
ya Zaidani bersama aku. menemani aku. satu yang tak akan aku lupakan sampai bila2.
kawan yang sanggup aku musuhi satu ketika dahulu. kini sering bertanya khabar aku...
"awk okey hari ini ?"
"macamana hidup awk sekarang ?"
"kalau awk rasa sedih, kol saya...saya sedia dengar..."
kawan mana yang tak terharu ?
walau aku jauh dengan dia, aku rasa dekat dengan dia...
zaidani...
terima kasih jadi kawan saya...
terima kasih jadi sahabat saya...
terima kasih kerana masih bersama saya...
sayang awak...
p/s: ani msg aku...dia kata entry aku kini berbentuk sentimental...dulu lebih entry aku bersifat gila- gila...hu3...aku rindu...masa lalu...sikit masa lagi aku akan jadi seperti dahulu.. dari segi emosi dan cara hidup aku...seperti dulu...
2 comments:
kalo SMKA Nurul Ittifak, umah nenek saya di belakang sekolah.
errr
takde sangkut paut ngan entry
sorry emma
tapi teruja
heeeee
lynn...betul ka ???
tapi kat besut ada dua...
SMA ittifakiah ngan SMKA ittifak...
da dekat la tu...
t balik sane gtw la...
leh jupe...
hik3...
Post a Comment